Rindu


Rindu
Perasaan yang sukar untuk diterangkan

Permulaan perasaan yang rumit
Terlalu sukar untuk diaplikasikan
Melangkau batas pemikiran
Melewati hati dan perasaan

Perasaan yang boleh berubah mengikut suasana
Bersamanya
Tanpanya
Ketika kehilangannya

Perasaan yang selalu menggugah hati
Bisa merosakkan jiwa
Jika tersalah tingkah

Berwaspada pada rindu
Dapat melindungi hati
Semaikanlah rindumu hanya pada-NYA
Hanya DIA yang sentiasa menjagamu
Ketika sihatmu
Ketika geringmu

Hanya DIA...
Yang Maha Esa...
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Hujan


Hujan terus-menerus membasahi bumi
Seperti sedang menangisi sesuatu
Menangisi perbalahan
Menangisi perpisahan
Menangisi kegembiraan

Titisan demi titisan
Membasahi tanah bumi tercinta

Hati menjadi kurang senang
Tiada ketenangan yang terpancar di wajah
Yang ada hanya keresahan
Kegalauan hati

Keresahan kian menular ke jiwa
Menerbitkan kerisauan
Memikirkan hal yang bakal berlaku
Bahkan, tanpa kerelaan hati

Hatiku terus berbicara sendirian
Mencari jalan penyelesaian
Ingin mencari jalan terbaik
Namun,
Tetap tiada jawaban
Aku hanya mampu membatu
Membisu tanpa kata

Hujan, hujan, hujan
Apakah hujan bakal berhenti...???
Tetap tiada jawaban..
Hanya DIA dapan menjawabnya
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Ketenangan


Aku melangkah sendirian
Melangkah mencari ketenangan

Aku berjalan sendirian
Tiada berteman

Perjalanan yang masih panjang
Menggugat diriku
Mindaku bebalah dengan hati
Menginginkan sesuatu yang bertentangan
Tanpa kata putus yang nyata

Aku akur
Aku tabah
Ku teruskan perjalananku
Walaupun tiada noktah

Demi ketenangan yang abadi
Ku rela tempuhi segalanya
Dengan izin-Nya
Aku terus melangkah
Dalam mencari erti ketenangan abadi
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Magical


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Kepulanganku


Pulang bukan bererti kembali
Pulangnya aku
Membawa seribu erti
Kerana aku ingin kembali

Perlalananku masih panjang
Meredah belantara ilmu
Hanya untuk yang SATU

Kepulanganku
Mengundang tanda tanya
Maksud apakah kepulanganku ini

Kepulanganku
Membawa rindu yang membara
Meredah lautan cinta dan kasih sayang
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Berserabut

Akar-akar akalku berserabut
Membuat aku merasa mual
Melihat alam berputar seperti gasing
Seakan berada di gelanggang partarungan

Aku terleka
Tertipu dengan kealpaanku sendiri
Khayal dalam duniaku sendiri
Yang membuatkan aku terlupa

Segalanya berserabut...
Membuatkan aku hilang tumpuan
Aku kehilangan arah
Laluanku berselirat
Penuh dengan jerangkap samar

Namun..
Aku meniti kembali laluan asalku
Yang penuh berliku

Aku harus tabah
Aku harus kuat
Aku harus taat
Kerana perjalananku masih belum berakhir
Walaupun berserabut
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Bulan


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Bulan

Dirimu amat indah
Rupamu menawan hati
Dan menawan sanubari

Dirimu kelihatan dekat denganku
Tetapi hakikatnya
Kau terlalu jauh

Terlalu sukar untukku gapai dirimu
Membuatkan aku putus harapan
Namun,
Aku terus tabah
Dan terus menantikan dirimu

Aku tahu..
Hadirnya dirimu tidak seperti matahari
Yang sering menampakkan dirinya
Pabila fajar menjelma

Tetapi...
Aku tahu bahawa dirimu pasti menjelma
Menunjukkan rupamu
Kesempurnaan wujudmu di pertengahan bulan
Ketika itu lah..
Rinduku padamu terungkai..
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

IMORTAL

Rasa marah n tak puas hati betul bila tengok muka Director Waya Corporation tu..
Dah la tak cantik.. Muka buruk...Anak dia pun sama juga, harap muka je cantik tapi perangai buruk... Tak ada adab...
Menyakitkan hati betul la...
Yang si Mateo ni pun satu, buat aku sakit hati juga..
Kenapa la dia saja nak buat Lia malu..
GERAMNYA.....!!!!!
Susah ke nak cakap yang dia datang tu memang nak minta maaf...
Kenapa la dia buat Lia macam tu.. Semakin tersiksa la dia..

Bila lah kebahagiaan Lia nak muncul... Asyik menangis je kerja dia.. Tak habis-habis dipersalahkan.. Walaupun, bukan kesalahan dia..
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Walang Hanggan


Ang pag-ibig ko sayo ay wagas
Ating sumpaan di kita iiwan

Ang pagmamahal sayo lang iaalay
Di magbabago sadilim at liwanag

Sisikapin na lagi kitang makita
Kahit maraming hadlang na iba

Sa liwanag ng buwan tayo'y nagtatapo
Maghihintay ako di ako magtatago

Sisikapin na lagi kang makasama
Kahit maraming hadlang na iba

Walang hanggan ang pag-ibig ko sayo
Itataya ang lahat kahit buhay ko
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Magandang Ang Araw


Lahat na magyayari ay maganda sa akin,
Lahat ng aking mga magagandang karanasan para saakin din.

Ang araw ay wala na
Sa lahat ng aking mga alaala
Matupad ang lahat ng memory ang aking espasyo
Lahat ng mga kaguluhan
Kahalong sa pagitan ng kalungkutan
Binigyan ako ng inspirasyon kaluluwa

Bulaklak o tinik sa daan
Ako may nawala sa pamamagitan
Ngunit,
Trip na ito ay nakabinbin pa rin
Ako pa rin magkaroon ng isang mahabang paglalakbay muli ito

Ako ay mananatiling matatag
Mukha ang mga hamon ng maaga
Dahil
Tiyak na lilitaw ang isang maganda araw.
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Hari Yang Indah

Segala apa yang terjadi adalah indah bagiku,
Segala yang kualami juga indah bagiku.

Hari-hari yang berlalu
Bersama semua kenanganku
Memenuhi segenap ruangan memoriku
Semua kegembiraan
Yang diselang-selikan kesedihan
Memberiku ilham jiwa

Jalan berbunga mahupun berduri
Telah ku lalui
Namun,
Perjalananku ini masih belum selesai
Masih panjang lagi perjalananku ini

Aku akan kekal tabah
Menempuhi segala cabaran mendatang
Kerana,
Hari yang indah pasti menjelma...
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Malam Yang Indah

Malam....

Kebiasaannya adalah pengganti siang..
Pabila waktu beralih..
Pabila sang Matahari tenggelam..

Merupakan waktu yang singkat..
Namun, ckup membahagiakan..

Malam yang indah..
Merupakan malam yang diterangi oleh Sang Bulan..
Malam yang paling indah..
Adalah malam ketika bulan penuh..

Ketika ini..
Sang Bulan menampakkan dirinya yang sebenar..
Terangatlah indah..
Kesamaran cahayanya..
Menjadikan malam menjadi lebih romantis..
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

My ZombieVamp Family

Love for them is more higher than a mount..
Firstly.. To my dearest Kuya... I love both of my kuya.. Kuya Jhon.. Kuya Rob...
"Mahal na mahal kita kuya.."
and...
"Miss na miss kita kuya.."
Then, to my Lovely Ate.. Salamat po.. COz you're nice to me and treat my like your own sister...
"Mahal na mahal kita Ate.. Miss na miss kita.."

MASAYA AKO...........!!!!!!
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Selamat Malam

Merupakan sebuah ucapan yang sering digunakan, pabila seseorang itu sudah merasa ngantuk.
Ucapan yang sering diucapkan pabila seseorang itu ingin melayari 'Bahtera Mimpi'.

Berilah ucapan ini kepada semua yang mengenalimu, kerana mereka juga akan mengucapkan ucapan yang sama kepadamu..


Bahtera Mimpi..

Merupakan sebuah bahtera yang bakal kembali berlayar ke Lautan Mimpi, setelah seharian berlabuh di Pelabuhan Kesedaran.
Melalui semua selat yang ada, Membelah lautan mimpi yang penuh dengan cabaran, ribut dan taufan.
Dalam hayal menempuh lautan mimpi, tiada tanda kesedaran bakal belaku.
Namun, sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menghalang Bahtera Mimpi daripada berlabuh di Pelabukan Kesedaran.
Setiap bahtera yang berlayar pasti akan berlabuh.
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Hari Ini..

Pagi2 da kne bgun...
Gi kelas..
Hari dalah hari yang paling banyak kelas...
Tapi tak ap.. Sebab, Esok tak ada kelas...
Pastu plak, esok mmg cuti..
Umm.. Xrasa cam cuti pon..

Tapi xapa la...
Minggu depan cuti seminggu...
Bleh la balik kampung...!!!!
Happy2 gak...
Assignment banyak nak kne buat ni... Umm...
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

JIKA

Jika....
Hatiku bisa berbicara
Pasti....
Ia akan menjerit dan meraung

Jika....
Jantungku mempunyai sepasang kaki
Pasti....
Ia akan berlari sejauh mungkin

Jika....
Perasaanku mempunyai sepasang mata
Pasti....
Ia akan meratapi segala yang berlaku
Keatas diriku ini
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

ALPA

Kebosanan melanda diri,
Pabila ada kekosongan dalam jiwa,
Akal yang kekurangan hayat,
mematikan rasa,
Mendustai jiwa.

Akar fikiran yang berserabut,
Menjadi buntu,
Tanpa jalan keluar,
Menjadi perjalanan tanpa noktah.

Perasaanku,
Bergetar, bergelora, mendidih,
Merintih kerana kesunyian,
menangis kesakitan,
akibat tusukan pedang waktu,
Yang terus berdetik,
kerana kealpaan diriku sendiri.
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU