Berserabut

Akar-akar akalku berserabut
Membuat aku merasa mual
Melihat alam berputar seperti gasing
Seakan berada di gelanggang partarungan

Aku terleka
Tertipu dengan kealpaanku sendiri
Khayal dalam duniaku sendiri
Yang membuatkan aku terlupa

Segalanya berserabut...
Membuatkan aku hilang tumpuan
Aku kehilangan arah
Laluanku berselirat
Penuh dengan jerangkap samar

Namun..
Aku meniti kembali laluan asalku
Yang penuh berliku

Aku harus tabah
Aku harus kuat
Aku harus taat
Kerana perjalananku masih belum berakhir
Walaupun berserabut
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

No comments:

Post a Comment

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU