BUNTU


Akal yang buntu
Melemahkan jiwa,
Menggesa perasaan.

Aku menjadi salah tingkah,
Silap menilai sesuatu,
Menjadikan aku bertambah buntu.

Kegalauan hati,
Kian meronta,
Meminta untuk dilepaskan.

Aku hanya mampu bersabar,
Mendongak ke langit,
Cuba mencari ketenangan,
Mencari kembali identiti diri.

Aku hilang,
Aku hanyut dalam arus masa,
Buntu mencari jalan keluar,
Pintu kedamaian.

Bantu aku,
Bimbing aku,
Supaya hilang kebuntuanku...
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

No comments:

Post a Comment

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU