Taman Hatiku


Menerusi alam dewata
Perjalan cinta agung merantai hati
menggumam jiwa

Terpesona dengan keindahan cinta
Membuatku tidak mampu berkata-kata
Tubuhku terpaku dan membatu
Hatiku dipenuhi bunga-bunga cinta
Membentuk menjadi sebuah taman
Taman yang indah dalam hatiku

Cinta yang disemai
Membuahkan kerendahan hati
Kesanggupan memberi cinta sepenuh hati
Menjadikan aku mudah memahami

Taman hatiku
Dipenuhi bunga-bunga cinta yang mekar
Sentiasa dibaja dengan kasih sayang
Disiram dengan keimanan dijiwa

Menghasilkan taman yang indah
Taman yang damai dan permai
Membuai perasaan

Kerana taman itu...
Adalah Taman Hatiku...
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

No comments:

Post a Comment

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU