Lupa & Hilang


Aku lupa
Ingatanku hilang
Aku keliru
Aku hilang arah

Aku menangis
Aku merintih

Hanya mampu berpeluk tubuh
Terperuk disudut ingatan
Lupa mengenai segalanya

Mencuba untuk mengingati
Mencuba untuk melangkaui batasan waktu
Mencuba untuk kembali ke masa lalu
Mencuba untuk segalanya

Namun, tiada apa yang termampu

Aku hanya mampu melihat
Tidak mampu berkata-kata
Tidak mampu untuk mendengar
Tidak mampu untuk berganjak mahupun bergerak

Aku terlupa..
Segalanya hilang begitu sahaja...
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Jamal Abdillah : Azura (HQ Audio)


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Persoalan?????


Apakah aku lemah?
-Ya- (Aku sangat lemah)

Apakah aku bodoh?
-Ya- (Aku mudah tertipu)

Apakah aku dungu?
-Mungkin- (Aku mudah mempercayai orang)

Apakah aku buta?
-Ya- (Aku buta dalam menilai hati dan perasaan)

Apakah aku bisu?
-Ya- (Tiada apa yang mampu aku katakan selain berdiam diri)

Apakah aku tuli?
-Ya- (Telingaku befungsi tanpa mendengar kebenaran)

Apakah aku sering menangis?
-Ya- (Aku sering menangisi diriku sendiri)

Apakah aku pelupa?
-Ya- (Aku sering lupa dan alpa)
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Keliru


Aku keliru

Keliru dengan hatiku sendiri
Keliru dengan perasaanku sendiri

Hatiku sakit
Hatiku terluka
Hatiku berdarah

Perlukah aku memaafkan dirinya?
Perlukah aku memberinya peluang?
Atau
Biarkan sahaja
Biarkan dia

Aku keliru
Aku kematian akal
Aku buntu

Kekeliruanku terus berlanjutan
Menjadikan duniaku berputar
Aku terumbang-ambing dalam duniaku sendiri

Aku keliru...
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Tangisanku


Air mataku mengalir
Terus mengalir tanpa henti

Mengingati apa yang berlaku
Aku pasti menangis

Apa yang harus ku lakukan?

Huh..

Aku kelu
Hanya mampu membisu
Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU