Aku Tak Takut Laaa..!!!

Ehh.. Kenapa..kenapa...?? Ada orang kacau Hana ke..??!!
Mehh sini.. Bley tolong blasah skali... 
(sape la yang baik sangat nak tolong tu.. -_-")
Relax2.. Hana okay jekkkk.. Takde orang kacau Hana pun.. Hehehe
(da mula perasan sorang2..)

Tadi, time Hana dok dating dengan Abang Google yang tersayang.. 
(sayang la sangat kan..
Hana terbaca tentang satu tempat penginapan yang sangat unik, walaupun nampak agak menyeramkan.. 
Tempat ni dikenali dengan panggilan 'The Crazy House' oleh penduduk tempatan... 
Tempat penginapan ni berkonsepkan 'rumah pokok'.. So, kalau korang suka atau teringin nak cuba.. Boleh la pergi kat tempat ni..
Nama tempat ni actually adalah 'Hang Nga's Tree House Hotel' Tempat ni terletak di Da Lat, Vietnam.. 

Welcome lah sangat dengan muka macam tu... Hahaha

Makkk Aiihhhh...!!! Ni memang unik.. Tulis 'Welcome' tapi lidah die macam tu ea... Takpe2 nanti Hana potong lidah bende alah tu.. hahaha (ketawa kejam..)

Hotel ni, direka oleh seorang wanita yang bernama 'Dang Viet Nga' yang lahir pada tahun 1940.. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai 'Hang Nga' yang bermaksud "Sister of The Moon".. Kalau korang nak tahu laa.. Beliau ni merupakan anak perempuan kepada mantan President Vietnam Ke-2 iaitu ' Truong Chinh '..
Beliau sangat menyukai sesuatu yang berunsurkan fantasi.. Sebab tu lah, beliau bina hotel yang mengerikan ni.. (adehhh.. -_-")

Korang nak tengok tak rupa hotel ni...?? Mesti lah nak kan.. Tapi kalau korang tak nak tengok pun.. Hana tetap nak tunjuk jugak.. Hahahaha..

Aiyoooo...!! Manyak ngeli (ngeri) wooo... macam mau makan olang (orang) meyhh..


(-_-") muka yang ngeri... boleh tido ke macm ni...???!!

Ni la struktur luaran Crazy House.. Macam2 rupa mengerikan ala2 pokok yang dah tua.. So, tak heran lah kalau penduduk tempatan panggil tempat ni Crazy House.. Sebab struktur binaan bangunan kat sini semuanya idea gila yang boleh dikatakan macam tak masuk akal..
Walaupun idea buat hotel ni kira macam idea gila, tapi bebaloi lah jugak.. Sebab hotel ni menerima jumlah kunjungan pelancong yang sangat ramai dari seluruh dunia..

Confirm malam2 tak boleh tido.. Merah betul mata patung haiwan tu..
Apa macam..??? Haa.. Macam ni lah reka bentuk dalaman hotel ni.. Boleh tahan kan.. Takde la seram sangat kannn...

Rekaan tangga yang unik... 
Senyummmmmm...
Agak2 kalau korang tak reti2 sabar nak turun.. Boleh la ikut jejak langkah pelancong tu ye.. Sengeh2 macam kerang busuk dulu... Lepas tu.. LOMPAT...!! Hahahahha
Okay2.. Berbalik pada cerita asal... :p
Bagus kan cara mereka mempelbagaikan struktur binaan.. Penyesuaian tangga mengikut tempat..
Nak tahu takkkk...?? Ada satu tempat ni, sangat menarik perhatian Hana.. Nak tau kat mana..??
Hehehehe... Hana suka bahagian 'Balcony' kat dalam hotel ni.. Comel sangat.. Hehehehe..

Comel kan..?? Macam Repunzel punya balcony...
Amacam...?? Okay kan hotel ni.. Takde apa yang nak ditakutkan... Cuma.... Seram sikit je la..

Okay lah.. Sampai disini sahaja kisah conteng2 blog hari ni... Hana pun ada hal ni.. Jap lagi nak pergi kelas... Hehehehe.. (Sempat je update blog..)
Untuk maklumat lanjut tentang hotel kat atas tu.. 
Korang boleh pergi kat SINI atau SINI atau SINI atau kat SINI..
(Eeeiiiii..!!! Berapa banyak SINI daaaa...)
Hana nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa, tersilap tulis atau terconteng yang bukan2...

Dengan ini, habislah kisah tentang rumah, pokok, gila dan juga hotel..
Bye..bye... Assalamualaikum..


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

No comments:

Post a Comment

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU