Korean Street Food

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Dah bulan May dah pun, dah lama Hana tak update blog ni..
Bukannya Hana tak nak update, cuma tak berkesempatan je..

Tema: Jalan-jalan Cari Makan
Kali ni, Hana nak mengetengahkan mengenai makanan Korea..
Almaklumlah, sekarang ni kan zaman gila Drama-drama Korea..
Seperti Runningman, Barefoot Friends dan macam-macam lagi..
Cewahh..!! Dah macam dokumentari pulak..

Okay..!!
Lokasi Korean Street Food yang Hana nak cover story ni, ada kat Sunway Pyramid..
Tak Ramai yang tahu, sebab kedai ni baru dibuka awal tahun ni..
Kedai utamanya berada di Subang Jaya, yang kat Sunway Pyramid tu, cuma cawangan je..
Kedai utama tu, dah lama dibuka.. Tambah cawangan lah katakan.. ^^,

Di Sunway Pyramid
Menu yang disediakan juga memuaskan hati, kerana ada banyak pilihan..
Harga pun, tidak terlalu mahal.. Yang penting, rasa makanan tu sedap..
Betul tak..??

Muka hadapan menu.. ^^,
Hana, kalau bab makan dan menternak lemak memang no.1..
Lagipun, tekak Hana ni, tekak international..
Semua sumbat.. Tapi yang halal je ok..

Menu 1..

Menu 2..
Menu 3..
Huihh..!! Rambang mata dibuatnya..
Kalau ikutkan hati, nak je Hana try semua tu..
Tapi, sorang-sorang.. Karang, tak habis, membazir la pulak..
Membazir kan amalan syaitan.. 

Makanan yang Hana pilih adalah..
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Jjajang Myun...!!!! Ofcoz ada side dish.. Kimchi..!! Huahuahua..
(Nampak sangat terpengaruh dengan drama korea kan..?? Haha)

Jjajang Myun.. (Black Bean Sauce Mee)
Hana pilih makanan ni sebab dalam menu tu pun, Jjajang Myun ni merupakan salah satu makanan popular yang sering menjadi pilihan ramai..
Hana pilih air Peach sebagai minuman pilihan.. Hehe
Hana memang suka air Peach, sebab rasanye sweet je..

Kenyang Hana makan.. Walaupun merayap sorang-sorang kan..
Alhamdulillah.. Kenyang perut.. (Malu kita.. Hehe)
Sebelum balik, Hana sempat order satu lagi makanan untuk dibawa pulang..
Hana order 'Kimbab'..
Sepupu sushi tu.. Nasi yang digulung dengan rumapai laut tu..

Okay lah..
Sampai disini saja rancangan Jalan-jalan cari makan kita..

Kalau nak cuba, jangan segan-segan..
Pergi je terjah, walaupun sorang-sorang.. (Macam Hana..)
Jangan bimbang, sebab makanan ni Halal..
Kalau was-was.. Tengok kat cermin kedai tu.. Tenung dalam-dalam..
Certificate Halal tu..

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke --->> Facebook

Kalau nak terus terjah..

Subang Jaya:
No.28, Jalan ss15/8, Subang Jaya, 47500 Selangor...

Sunway Pyramid:
Lot 197 Asian Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall...

* * * * * * * * * * * * * * With Love HanaSangRatu * * * * * * * * * * * * * * * 


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

No comments:

Post a Comment

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU