My Sweet Little Ain

My Sweet Little Ain...??

pic Hana with Baby kat kedai My Hubby...

Siapa Ain ni...?? Ain ni, anak kepada kawan Hana..
Panggilan manja untuk Ain adalah Baby...
Baby ni manja sangat dengan Hana and My Hubby.. Nak tau kenapa..??

Okay la.. Nak dijadikan cerita la kan..
Kawan Hana ni, (Kak Ina) jaga kaunter tiket bas..
Time tu, Hana bekerja kat kedai Bundle..
Jadi, Hana rapat sangat dengan Kak Ina ni.. Hana dah anggap Kak Ina macam kakak Hana sendiri..

Kak Ina ni dasyat jugak.. 
Orang lain, kalau dalam pantang... Duduk elok je kat rumah.. Rehat-rehat..
Tapi, Kak Ina.. Baru 2 minggu bersalin, dah kerja..
So... Hana tolong la Kak Ina, jaga Baby..

Lama jugak Hana jaga Baby.. Semenjak umur Baby 2 minggu, sampai la hampir setahun..
Sayang sangat pada Baby.. 

pic My Hubby with Baby...

Alalalalala... Shweeetnye dia...
Kalau korang semua nak tau.. Pic My Hubby dengan Baby ni candid tau..
My Hubby tak tau pun yang Hana ada kat situ dan ambil gambar Dia dengan Baby..

Okay lah.. Hana pun tak dapat nak tulis panjang lebar..
Maklumlah.. Student.. Banyak Assignment yang nak dibuat.. Hehehe
(Cam lebih je tu... >'''<  ) 
Bye...




Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

CINTA PLATONIK ..???

Apa tu cinta platonik..??
Korang faham tak maksudnya...??
Mungkin pada korang, topik ni dah basi...
Tapi kenapa mesti ada cinta macam ni.. Rasa macam mengarut pun ada juga..
Patut ke ada cinta yang macam ni..??
Bukan ke cinta tu tetap cinta..

Jika mengikut istilah sebenarnya..
Cinta Platonik ni adalah istilah yang dipakai untuk menyebut perkaitan kasih sayang, tetapi tanpa tarikan seksual..
Istilah ni, sebenarnya diambil daripada Bahasa Yunani iaitu PLATO. Daripada karya Symposium, yang tertulis bahawa :-
~Cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebaikan dan kebenaran~

Istilah Amor Platonicus ni sebenarnya dah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino. Ianya sinonim dengan "Amor Socraticus" yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.

Kalau korang nak tau la kan..
Cinta Platonik ni macam BFF (Best Friend Forever).. Tapi, BFF hanya lah hubungan persahabatan yang akrab dan baik.
Cinta Platonik ni pulak, mempunyai hubungan kasih sayang yang lebih mendalam, tapi tetap sebagai sahabat tanpa mention anything untuk couple atau hubungan yang lebih.

Bagi hana la kan.. Hubungan macam ni tak sepatutnya ada.. Sebab, bila lelaki dan perempuan mempunyai hubungan yang sangat rapat.. Mesti akan ada perasaan lain.. Bukan kasih sayang biasa.. Tapi CINTA..
Mereka hanya akan berdiam diri, tanpa memberitahu ~BFF~ mereka yang mereka sudah jatuh cinta, kerana takut ~BFF~ mereka akan menjauhkan diri.


Things like this are not supposed to be happen..
Think wisely..

Cinta tu tetap cinta..
Sahabat tetap seorang sahabat..
Kasih sayang tu akan wujud dalam diri setiap orang..

Alamak.. seriusnya hana hari ni... hehehe..
Korang jangan la takut pulak.. Lepas tu dah tak nak baca blog hana ni...
Okay la, hana pun ada kerja nak buat ni...
lain kali kita sambung lagi ye..
Luv u allz..


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU