Korean Street Food

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Dah bulan May dah pun, dah lama Hana tak update blog ni..
Bukannya Hana tak nak update, cuma tak berkesempatan je..

Tema: Jalan-jalan Cari Makan
Kali ni, Hana nak mengetengahkan mengenai makanan Korea..
Almaklumlah, sekarang ni kan zaman gila Drama-drama Korea..
Seperti Runningman, Barefoot Friends dan macam-macam lagi..
Cewahh..!! Dah macam dokumentari pulak..

Okay..!!
Lokasi Korean Street Food yang Hana nak cover story ni, ada kat Sunway Pyramid..
Tak Ramai yang tahu, sebab kedai ni baru dibuka awal tahun ni..
Kedai utamanya berada di Subang Jaya, yang kat Sunway Pyramid tu, cuma cawangan je..
Kedai utama tu, dah lama dibuka.. Tambah cawangan lah katakan.. ^^,

Di Sunway Pyramid
Menu yang disediakan juga memuaskan hati, kerana ada banyak pilihan..
Harga pun, tidak terlalu mahal.. Yang penting, rasa makanan tu sedap..
Betul tak..??

Muka hadapan menu.. ^^,
Hana, kalau bab makan dan menternak lemak memang no.1..
Lagipun, tekak Hana ni, tekak international..
Semua sumbat.. Tapi yang halal je ok..

Menu 1..

Menu 2..
Menu 3..
Huihh..!! Rambang mata dibuatnya..
Kalau ikutkan hati, nak je Hana try semua tu..
Tapi, sorang-sorang.. Karang, tak habis, membazir la pulak..
Membazir kan amalan syaitan.. 

Makanan yang Hana pilih adalah..
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Jjajang Myun...!!!! Ofcoz ada side dish.. Kimchi..!! Huahuahua..
(Nampak sangat terpengaruh dengan drama korea kan..?? Haha)

Jjajang Myun.. (Black Bean Sauce Mee)
Hana pilih makanan ni sebab dalam menu tu pun, Jjajang Myun ni merupakan salah satu makanan popular yang sering menjadi pilihan ramai..
Hana pilih air Peach sebagai minuman pilihan.. Hehe
Hana memang suka air Peach, sebab rasanye sweet je..

Kenyang Hana makan.. Walaupun merayap sorang-sorang kan..
Alhamdulillah.. Kenyang perut.. (Malu kita.. Hehe)
Sebelum balik, Hana sempat order satu lagi makanan untuk dibawa pulang..
Hana order 'Kimbab'..
Sepupu sushi tu.. Nasi yang digulung dengan rumapai laut tu..

Okay lah..
Sampai disini saja rancangan Jalan-jalan cari makan kita..

Kalau nak cuba, jangan segan-segan..
Pergi je terjah, walaupun sorang-sorang.. (Macam Hana..)
Jangan bimbang, sebab makanan ni Halal..
Kalau was-was.. Tengok kat cermin kedai tu.. Tenung dalam-dalam..
Certificate Halal tu..

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke --->> Facebook

Kalau nak terus terjah..

Subang Jaya:
No.28, Jalan ss15/8, Subang Jaya, 47500 Selangor...

Sunway Pyramid:
Lot 197 Asian Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall...

* * * * * * * * * * * * * * With Love HanaSangRatu * * * * * * * * * * * * * * * 


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Jom Horseback Riding..!!

Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni, Hana nak kongsi pengalaman 'horseback riding'..
Horseback Riding atau menunggang kuda ni, merupakan aktiviti yang sangat santai disamping dapat mendekatkan diri dengan haiwan yang bernama KUDA..

Untuk pengetahuan korang lah kan..
Hana pernah aktif dalam menunggang dan menjaga kuda..
Waktu tu Hana masih berada dalam tingkatan 4..
Tapi, Hana stop bergiat dalam aktiviti ni disebabkan nak SPM.. 
Nak tumpukan pada pelajaran lah kononnye tu..
And..
Hana juga ada certificate untuk menguruskan kuda..
Jadi, kalau hana nak membela kuda dah senang, sebab dah tahu basic..

Hisshh.. Hana ni.. Asyik cerita pasal diri sendiri je kan..??
Annoying betul..!! Haha

Sebenarnya, Hana bukan nak story pasal diri sendiri..
Tapi nak story pada korang tentang pusat equestrian yang Hana baru lawati baru-baru ni bersama kawan baik Hana iaitu Dya Nadya..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

DARC atau nama panjangnya, Denai Alam Recreation & Riding Club..

DARC ni merupakan sebuah kelab aktiviti menunggang kuda yang baru dibuka beberapa tahun yang lalu.. Selain aktiviti horseback riding, archery turut juga disediakan.. 
(Alamak, dah macam dokumentari la pula.. (-_-")

Alamat:
No.1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16, Denai Alam, 40160 Denai Alam, Selangor.

No. Telefon: Tak sempat nak minta.. 
Sebab akak jaga kaunter tu, dah hilang pergi makan tengah hari.. 

Kalau nak release tension ke.. Nak membelai kuda ke.. 
Boleh la pergi kat DARC..
Kuda-kuda kat sana pun boleh tahan..
Tegap dan hensem.. Hehe ^^

Joy-Ride = RM10.00 
Untuk dua pusingan sahaja ye..

Untuk keahlian..
RM180.00 keahlian untuk setahun, untuk satu keluarga..
Kemudahan lain turut disediakan, seperti archery, dart dan lain-lain lagi..

Bagi yang nak belajar menunggang secara serius..
RM80.00 (Bukan Ahli) & RM30.00 (Ahli) untuk belajar selama setengah jam.

Untuk maklumat lanjut, sila ke --> SINI

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sampai sini je la sesi dokumentari kita hari ni..
Maaf lah ye kalau ada tersilap kata atau terkata tak tentu hala..

Dengan ini kita akhiri dengan nyayian lagu Negaraku
Huhuhu..
Acah je lah.. Jangan marah.. ^^ Chill 

* * * * * * * * * * * * Luv U All * * * * * * * * * * * 

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Beautiful Art

Assalamualaikum pembaca-pembaca semua..
Apa khabar..?? 

Okay..
Entry Hana kali ni, Hana cuma nak story pasal 'ART'
Seni merupakan hasil karya yang indah dan dapat menyentuh perasaan..
Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan karya seni..
Salah satu daripadanya adalah melalui lukisan..
Ish.. Macam dokumentari la pulak penerangan Hana kan..

Kali ni Hana tak nak sembang banyak-banyak..
Hana nak bagi korang tengok gambar-gambar yang Hana kutip kat Pakcik Google dan website lain..
Tapi, kebanyakkannya Pakcik Google yang banyak menyumbang..

Anyway..
Enjoy your view.. ^0^

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ce bagi sikit susu tu kat Giraffe..
Macam mana agaknya, kalau kat tengah2 jalan tu memang berlubang..??
Walaupun nampak simple, mesti susah nak buat kan..??
Ni, kalau orang tengah mabuk, mau dilanggarnye dinding tu..
Ni namanya, meluncur sambil minum air..
Alahai jinaknye Tok Rimau.. Kalau camni, Hana nak sekoq la..
Cam empuk je sofa tu kan..?? Padahal lantai..
Hah.. Tarik, jangan tak tarik.. Bagi jinak sikit T-Rex tu..
Tangkap cepat.. Nanti boleh hantar kat zoo..
Meh le makan sama.. Berkhasiat tau..
Alamak camne boleh termasuk kat situ pulakkk...!! Tarik.. Tarik..
Oopss.. Nanti, nanti.. Ada orang kat bawah ni oi..
Yay..!! Jap lagi nak kena makan ngan buaya..
Ni la haiwan peliharaan Hana kat rumah.. Jinak kan..?? Huhu

Kalau korang perasan la kan..
Kebanyakkan 'Street Art' yang Hana tunjuk kat korang adalah hasil karya Nikolaj..

Okay lah.. 
Sampai sini je entry hana kali ni..
Semoga anda semua terhibur dengan semua lukisan-lukisan tadi..

* * * * * * * * * * * * Love Misz Hana * * * * * * * * * * * *


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU