Bahaya ke..??

Bahaya..??
Kenapa bahaya..??
Apa yang bahaya sangat tu..??

Nak tahu tak, apa yang bahaya sangat tu..??
Nak..?? Ok.. Sebenarnye, Hana nak story mengenai seekor ular yang sangat berbisa dan boleh membawa maut dalam beberapa saat sahaja.

Ha..?? apa nama ular ni..??
Kalau korang nak tahu la kan.. Nama ular ni adalah

Gumprecht's Green Pit Viper

Atau lebih dikenali dengan nama Trimeresurus Gumprechti
Ular ni merupakan ular yang unik dan sangat berbisa. 
Nak tahu kenapa Hana kata ular ni unik..??
Sebabnya adalah, ular ni, berwarna hijau terang dan sisiknya jarang-jarang. Maksud Hana, umm.. Sisik ular ni ada jarak dan antara jarak tu, ada warna gelap (tak tahu la warna apa tu.. -_-") dan warna ular ni juga, ada sedikit merah untuk pit viper betina dan jalur merah untuk pit viper jantan.

Para pengkaji telah menemui ular ni pada tahu 2002 di kawasan Sungai Mekong. Ada 4 orang pengkaji yang bekerjasama dalam mengenal pasti species ular ni. 

1. Dr. Patrick David dari Museum National d'Histoire Naturelle
2. Dr. Gernot Vogel dari Socety for Suotheast Asian Herpetology
3. Dr. Oliver S. G. Pauwels dari Smithsonian Institution
4. Dr. Nicholas Vidal dari Museum National d'Histoire Naturelle

Pada tahun 2008, World Wildlife Fund telah menerbitkan sebuah jurnal yang bertajuk :-

"First Contact in the Greater Mekong -
 New Species Discoveries"
Book Cover..
Kalau korang nak tahu la.. Ular ni boleh ditemui disekitar kawasan di China, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam

Male Pit Viper
Female Pit Viper
Sangat Berbisa.. -_-"
Nampak garang kan..?? 

Para pengkaji sedaya upaya untuk mengkaji ular ni, Namun, hasil kajian mereka hanya menemui satu jawapan sahaja. Iaitu, ular Trimeresurus Gunprechti ni harus dihapuskan kerana species ni terlalu berbahaya dan boleh menyebabkan kematian fatal. 

So, pendapat korang la, patut tak diorang basmi semua ular ni..??
Bahaya sangat ke, sampai diorang nak basmi semua ular ni..??

Umm.. Anyway, tak apa lah, mungkin ular ni terlalu bahaya sampai diorang tak boleh nak buat penawar kot. Ini bermakna, diorang dah buat keputusan yang terbaik untuk penduduk sekitar kawasan yang berkenaan. 

Ok.. Sampai sini je date kita. Lain kali kita date lagi ye..
Ni adalah penutup untuk tahun 2012..
Hana nak minta maaf kalau sepanjang tahun ni, Hana ada buat salah kat korang semua.. Tersalah cakap atau tersebut apa-apa yang tak patut disebut ke..
I'm really sorry..

Selamat Tahun Baru..
Selamat melangkah ke tahun 2013 dengan gembira. ^_^

- - - - - - - - - - - - -  Forever Love - - - - - - - - - - - -
    Hana Sang Ratu

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Arang..!!!!

Hahhh..!! apa tu..?? arang dapur ke..??
Ehh.. bukan la.. Hehehe

Hana nak story mori kat korang ni.. Hana baru je habis tengok cerita korea yang bertajuk...
"Arang and The Magistrate"

Arang and The Magistrate
Watak utama cerita ni adalah 'Shin Min Ah' sebagai Arang a.k.a Lee Seo Rim dan 'Lee Jun Ki' sebagai Magistrate iaitu Kim Eun Oh... 

Shin Min Ah & Lee Jun Ki
Arang and The Magistrate
Ok.. cerita ni mengisahkan tentang hantu yang bernama Arang yang dah mati 3 tahun yang lalu. Arang ni pelik sikit, sebab dia hilang ingatan. Dia tak ingat langsung tentang kehidupan dia, time dia still hidup.
Semuanya berubah lepas dia jumpa Kim Eun Oh yang tengah mengembara nak cari mak dia yang hilang 3 tahun yang lalu. Eun Oh ni boleh nampak hantu. So, Arang nak mintak tolong pada Eun Oh supaya tolong dia cari identiti sebenar dia dan sebab kematian dia. 
Kim Eun Oh menolak permintaan Arang. Tapi tanpa dia sedar, dia dah janji pada Arang yang dia akan tolong Arang kalau dia jadi Magistrare kat kampung tu. So, Arang sedaya upaya buat helah supaya Eun Oh boleh jadi Magistrate. Rancangan Arang berhasil dengan bantuan Seorang bomoh.. (Bomoh paling pelik dalam dunia.. Hahaha)

Disebabkan dah berjanji dan pada masa yang sama Eun Oh nak cari mak dia. Eun Oh tolong Arang untuk cari identiti dia yang sebenar. Akhirnya diorang dapat tahu yang nama Arang ni sebenarnye adalah Lee Seo Rim. Lee Seo Rim ni sebenarnya adalah anak kepada magistrate lama kat kampung tu. (Anak Lord upenye.. -_-")

Kalau korang tengok cerita ni.. Mesti tersentuh punye la.. Arang yang nak sangat tahu tentang kematian dia, akhirnya tahu tentang kehidupannya dulu. Arang akhirnya tahu sebab dia mati. Siapa penyebab dia mati. Arang dapat tahu yang Lee Seo Rim dah bertunang dengan Tuan Muda Choi Joo Wal yang dilakonkan oleh Yun Woo Jin. Magistrate Kim Eun Oh pun dapat jumpa mak dia, yang membawa kepada pertarungan antara rasa cinta kepada Arang dan rasa kasih kepada seorang ibu. 

   Choi Joo Wal                Arang               Magistrate Kim Eun Oh

Cerita ni tambah menarik bila Arang menjadi manusia semula dengan bantuan Maharaja Jed yang dilakonkan  oleh Yoo Seung Ho dan Hades (Yeom Ra) yang dilakonkan oleh Park Joon Gyu. Berlakunya cinta 3 segi antara Arang, Kim Eun Oh dan Choi Joo Wal. Tak tahu mana nak pilih. Bekas tunang ataupun cinta baru. Kalau Hana la kan, of coz Hana pilih Kim Eun Oh. Hehehe (gatai noooo..)

Kiri:- Grimm-Reaper Moo Yeong
Kanan:- Hades (Yeom Ra)
Tengah:- Maharaja Jed

Berlakunya persoalan dimana, Choi Joo Wal ada kaitan dengan kematian Lee Seo Rim. Macam mana Kim Eun Oh boleh nampak hantu. Siapa sebenarnya mak Kim Eun Oh. Kenapa nama mak Eun Oh jadi Moo Yeon. Apa kaitan Moo Yeon dengan Moo Yeong (Grimm-Reaper). Siapa sebenarnya Maharaja Jed pada Kim Eun Oh. Kenapa Maharaja Jed tolong Arang. Semua tu korang akan tahu bila korang tengok drama ni.. Interesting kan..?? Heheheheh

Hana kalau boleh.. nak story dari A sampai lah Z.. Tapi.. Banyak sangat.. Kang korang baca, sampai esok tak habis.. ni pun, Hana dah rasa macam tengah buat karangan BM je.. Hehehe.. Oh ye..!! Hana rasa la kan.. Korang patut tengok drama ni.. Ending dia sweet sangat-sangat.. Rasa macam nak ulang 88 kali je.. Hahaha..

Hana kompius sikit dengan cerita ni.. Kenapa Yeom Ra tua, tapi Maharaja Jed muda..??? Hahaha.. Tak pe la.. Sekali-sekala dapat Maharaja Jed muda n sexy.. :p hehehehe
Tapi.. kenapa Maharaja Jed comel sangat.. 
Oh Yoo Seung Ho.. 
My Emerald Emperor of my heart..!!! (dia da mula da..)
Rasa teringin pulak nak minum teh bunga yang Maharaja Jed buat..
Dah la buat daripada bunga kat atas badan kambing.. Hahahahaha

Oh Maharaja Jed (Yoo Seung Ho) ku yang comel.. Hehehe
Ok lah.. sampai sini je sesi merapu-meraban kita..
Hana nak minta maaf kalau Hana ada tercakap sesuatu yang menyakitkan hati, 
jiwa dan raga bakul korang.. 
Ok lah.. Tata Titi Tutu..

- - - - - - - - - - - - - - - - - With Love - - - - - - - - - - - - - - - -
   Hana Sang Ratu 

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Sun + Flower = SunFlower

Sunflower.. Sunflower.. Sunflower..
Oooo.. Sunflower..

Waaa.... Cantikkan..?? Hehehe


Mesti korang nak tahu kan kenapa Hana letak tajuk post Hana kali ni Sunflower..
Ok lah, Hana sebenarnye suka sangat bau sunflower..

Korang tahu tak, bau sunflower ni sweet sangat..
Hana punya perfume pun bau sunflower juga..
Ehh.. Lupa pulak.. Deodorant Hana pun bau sunflower jugak..
Hehehe..

Hari ni, Hana nak bagi korang khasiat-khasiat 
Sunflower a.k.a Bunga Matahari ni..
Ehh.. Tersalah pulak.. Sorry..
Khasiat Minyak Bunga Matahari..

Ada banyak khasiat daripada minyak bunga matahari ni.. 

1. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Minyak bunga matahari boleh mengurangkan kadar serangan kardiovaskular dan boleh elak serangan jantung.. (agak-agak boleh corner ke kiri ke kanan eaq.. hehe)

2. Memberi Tenaga
Minyak bunga matahari ni kalau kita letak dalam masakan, boleh bagi kita tenaga yang lebih. So, masak lah guna minyak bunga matahari.. (boley jadi badang agaknye.. huhuhu)

3. Menghentikan Free-Radical
Minyak bunga matahari ni mengandungi Vitamin E dan boleh menghentikan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Jadi, kalau kita guna minyak bunga matahari, bolehlah kita kurangkan risiko terkena penyakit kanser.

4. Pelembap Semulajadi
Minyak bunga matahari mengandungi pelembap semulajadi yang boleh membantu melembapkan kulit. So, lepas ni, tak ada la masalah kulit kering. Kan..??? Hehehe

5. Mengelakkan Arthritis
Kalau ada sesiapa yang susah hati dengan penyakit ni, guna la minyak bunga matahari. Sebab minyak bunga matahari ni boleh membantu untuk mengelak Arthritis Reumatoid.

6. Memperbaiki Tubuh
Badan manusia memerlukan sumber protein yang tinggi dan minyak bunga matahari tinggi dengan sumber protein yang diperlukan oleh manusia. Sumber protein dalam minyak bunga matahari ada banyak manfaat. Contohnya, minyak bunga matahari ni bagus untuk membina dan memperbaiki tisu. Minyak bunga matahari juga menggalakkan pengeluaran hormon dan enzim. 

7. Baik Untuk Rambut
Minyak bunga matahari ni baik untuk pelbagai jenis masalah rambut sebab minyak ni mengandungi asid gamma linolenik, yang merupakan asid lemak omega-6. Minyak bunga matahari baik untuk menyuburkan rambut dan mencegah kerosakan rambut. Malahan boleh mencegah keguguran rambut.

Ha.. tu lah dia khasiat-khasiat minyak bunga matahari..

Ok lah.. sampai disini saja sesi merapu-meraban Hana hari ni..
Anyway...
- - - - - - - - - - - - - - - - - - With Love - - - - - - - - - - - - - - - - -

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Most Expensive Things in The World

Hari ni.. Hana rasa macam tak nak story apa-apa..
So.. Biar gambar yang menceritakan segala-galanya..
(malas yang amat.. -_-")


Chateau Lafitte 1787

Clive Christian's Imperial Majesty Perfume

Charles Hollander Chess Set

Bugatti Veyron Supersport

Guitar Reach Out to Asia Fender Stratocaster

Harry Winston Ruby Slippers

Diamond Covered iPhone 4S

201 carat Chopard

Sculpture L’Homme qui marche (Walking Man)

Cullinan 1 Diamond

Roman Abramovich's Yatch: Eclipse

Mukesh Ambani House: Antilla



Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Bleach..!! Peluntur ke..???

Eh.. Bukan peluntur lah... 
Bleach tu sebenarnya tajuk cerita animasi..
Hana nak bagi tau kat korang je.. Bahawasanya..
Hana telah berjaya menghabiskan Anime Bleach yang mempunyai episode sebanyak 366. Wahhh..!! banyaknye.. (banyak la sangat kannn.. huhu)

Bleach ni mengisahkan seorang remaja yang berumur 15 tahun yang bernama..
Kurosaki Ichigo..
Ichigo ni boleh nampak hantu a.k.a hanging soul..
Hidup dye berubah lepas dia jumpa Kuchiki Rukia yang merupakan seorang 
Shinigami a.k.a Soul Reaper.. 

Watak utama BLEACH..
Yang rambut orange tu.. Kurosaki Ichigo. Yang kat belakang dye tu Kuchiki Rukia. Perempuan rambut perang tu namanye Inoue Orihime. Lelaki sebelah rukia tu pulak, nama dye Ishida Uryuu. Lelaki belakang rukia tu nama dye Sado Yasutora. Last but not least.. Patung tepi ishida tu, nama dye Kon. Umm.. korang nampak tak rama-rama hitam tu.. Yang tu adalah Jigoku Cho a.k.a Hell Butterfly..

Rukia ni berasal dari Soul Society..
Kat Soul Society ni ada kuasa tertinggi yang digelar Gotei 13. Digelar cam tu sebab ada 13 orang Captain yang bertanggungjawab untuk setiap division.

Gotei 13 Taichou (Captain)
Hana nak senaraikan nama diorang ni ikut ranking..Kalau korang tak tahu diorang ni siapa..
jangan risau hana akan sertakan dengan warna sekali.. Nampak kan warna background setiap orang..? 
(siapa tak nampak pendek umo..hahahhaha)

                       1. Yamamoto Genryuusai Shigekuni - Yellow
                       --> 1st Captain

2. Soi Fong - Sky Blue                       8. Kyouraku Shunsui - Pink
--> 2nd Division Captain                     --> 8th Division Captain

3. Ichimaru Gin - Purple                  9. Tousen Kaname - Smooth Orange
--> 3rd Division Captain                    --> 9th Division Captain

4. Unohana Retsu - Light Green         10. Hitsugaya Toushiro - Turquois
--> 4th Division Captain                       --> 10th Division Captain

5. Aizen Sousuke - Red Orange          11. Zaraki Kenpachi - Blue
--> 5th Division Captain                        --> 11th Division Captain

6. Kuchiki Byakuya - Pink Purple        12. Kurotsuchi Mayuri - Maroon
--> 6th Division Captain                         --> 12th Division Captain

7. Komamura Sajin - Green              13. Ukitake Juushiro - White
--> 7th Division Captain                      --> 13th Division Captain


All Leutenants
                1. Unknown                          8. Ise Nanao 
                2. Omaeda Marechiyo             9. Hisagi Shuuhei
                3. Kira Izuru                       10. Matsumoto Rangiku
                4. Kotetsu Isane                  11. Kusajishi Yachiru
                5. Hinamori Momo                12. Kurotsuchi Nemu
                6. Abarai Renji                     13. - Shiba Kaien
                7. Iba Tetsuzaimo                   - Kotsubaki Sentaro
                                                          - Kotetsu Kiyone


Tu semua watak-watak penting yang wajib ada dalam animasi BLEACH ni..

Evolusion of Kurosaki Ichigo

Nak story pasal ni je ke..?? Eh.. tak ada lah.. 
Hana nak bagi senarai lagu opening dengan ending Bleach ni..
Tapi, yang Hana suka je la.. hehehe

                              1. Alones by Aqua Timez
                              2. Velonica by Aqua Timez
                              3. Daidai by Chatmonchy
                              4. D-technolife by Uverworld
                              5. Ichirin no Hana by High and Mighty Color 
                              6. Thank You by Home Made Kazoku
                              7. Sakura Biyori by Hoshimura Mai
                              8. Hanabi by Ikimono Gakari
                              9. Baby It's You by June
                            10. Chu Bura by Kelun
                            11. Change by Miwa
                            12. Naihi Shinsou by One Ok Rock
                            13. Asterisk by Orange Range
                            14. Anima Rossa by Porno Graffitti
                            15. Life is Like a Boat by Rie Fu
                            16. Harukaze by Scandal
                            17. Shoujo S by Scandal
                            18. Ranbu no Melody by SID
                            19. My Pace bSun Set Swish
                            20. Houki Boshi by Younha
                            21. Life by Yui
                            22. Rolling Star by Yui

Nak download.. click je kat link.. Semua lagu-lagu ni ada kat 4shared..

Baiklah.. Sampai disini sahaja kisah kita hari ini..
(da macam documentary la pulakk.. haha)

Ok semua.. Hana nak minta maaf la ye kalau ada apa-apa yang Hana tulis kat sini menyinggung perasaan korang.. Ataupun ada terkasar bahasa ke.. Hana pun tak tau..
Maafkanlah ye...

LOVE U ALL

#LOVE- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - #LOVE#

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Drama Korea Ke..???

Assalamualaikum semua..
Apa khabar..?? Sihat tak.. Kalau tak sihat tu, cepat-cepat la pergi jumpa doktor.. kalau nak yang advance sikit, gi jumpak 'Tok Moh'.. Hehehe..
Just kidding.. jangan marah yeee.. 

Nak bagi tahu kat korang ni..
Hana baru je habis tengok drama korea..
Boleh tahan best jugak la drama ni.. At least nampak sweet ending..
Kalau drama lain, payah bebeno nak nampak sweet ending yang jelas, kebiasaannya tuan director buat story  yang last nye tu, orang kena fikir sendiri..
Memang bagi spoil feeling..!! hehehe

Tapi rasanya drama ni dah lama da keluar.. Kalau tak silap Hana la kan.. Ada ditayangkan kat 8tv dulu..  Tapi Hana tak sempat nak tengok n tak dapat nak tengok sebab nenek ngan abah Hana nak tengok berita time tu.. Tajuk drama ni.. 
"The Greatest Love"
Cerita ni mengisahkan kisah cinta antara 'Dokko Jin' yang dilakonkan oleh Cha Seung Won dan 'Goo Ae Joong' dilakonkan oleh Gong Hyo Jin..
Rasa sweet sangat tengok diorang.. Hehehe..
Hana kalau da tengok drama korea.. Of coz heroin tu jadi Hana... Hahahaha
(Perasan lebih.. -_-")
Agak-agak kalau Hana yang jadi heroin drama tu, ada orang nak tengok tak..??
(confirm tak laku lagsung..!! hahaha -_-")

The Greatest Love
Cha Seung Won & Gong Hyo Jin
Cute sangat drama ni.. 

Top Song drama ni tajuknya  "Thump Thump" atau lebih dikenali dengan "Dugeun Dugeun"
Siapa yang nyanyi lagu ni..?? Kalau tak silap Hana la kan.. Penyanyi nye Sunny Hill..

Ni Hana nak nak bagi lirik lagu tu.. yang romanize punya.. Kang kalau bagi yang Hangul.. Tak paham pulak korang kan.. Hehehehe..

Thump Thump By Sunny Hill

Urin cheombuteo eoullijineun anhatjyo
Datugimanhago sokman taeudeon saiyeosseonneunde
Chan isanghan geonyo eoneusae mami tonghaesseo
Gyeote eoseumyeon mishin geotcheoreom bogoshipeungeol

Teulbyeolhan namaneui nimeuro
Seollemi dageukchan seonmullo
Jeomjeom dagaseoneun geudaereul eojjeom johayo

Geudae ttaemune gaseumi i shimjangi dugeun dugeun
Nan geudaemaneul saranghae mam gadeuk wechineun mal 
Dududeul kkok gamgoseo tteollineun ibsureul naemin nal bomyeon
Meonjeo anajuneun geudael kkumkkugo itjyo

Geudae gidaeeo jamdeun haesseotteon geu nal
naboda deo kkeun geudaeeui shimjang soriga deullyeo watjyo

Sumgyeodo gamchul su eopneungeon
Kkumedo wonhago inneungeon
Sesang meutboda sojunghan saram 

Geudae ttaemune gaseumi i shimjangi dugeun dugeun
Nan geudaemaneul saranghae mam gadeuk wechineun mal 
Dududeul kkok gamgoseo tteollineun ibsureul naemin nal bomyeon
Meonjeo anajuneun geudael kkumkkugo itjyo

Imi algo isseoyo geudae nawa gattangeol
Nunbushige shimjangsogae saengyeojin sarangingeol


Geudae ttaemune yeongweonhi i shimjangi dugeun dugeun
Nan geudaemaneul saranghae mam gadeuk haengbokhan mal 
Du pak hwaljjak pyeolchyeoseo tteollineun gaseumeul naejun geudaeyeo
Chwegoeui sarangeul gadeuk angyeo julkeyo

#love# - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - #love#

#Love# Bye Bye #Love#

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Dah Tahu Still Nak Tanya..!!

Assalamualaikum . . . 

Tadi masa tengah selak-selak muka buku ku yang tersayang tu.. Hana terbaca satu status ni.. 
Sebenarnya, benda ni dah lama.. Tapi, masih berkesan untuk menjadi halwa tekak untuk ketawa terkekek-kekek bersama kakek.. Eh.. Hehehe melalut sudaa..

Nak tahu apa status yang orang tu buat..?? Laa.. Hana ingat, korang tak nak tahu tadi.. Hehehe..

Benda yang Hana nak katakan ni, tak ada lah penting mana pun. Hehehe
Cuma "Soalan-soalan sengal yang selalu orang tanya.."
Soalan apa..?? Ehh, sabar-sabar!! Jangan gelojoh.. (padahal dia yang tak sabar nak tulis.. -_-")

Soalan-soalan sengal ni dipersoalkan mengikut situasi-situasi yang sangat kena pada tempatnya (nak kena penumbuk ada la..)


Situasi
Waktu kita tengah baring sambil tutup mata

Soalan:      Kau tidur ke..?? 
Jawapan:   Tak lah, aku tengah training macam mana nak mati nanti.

Mehh kita training sama-sama.. huhuhuhu

Situasi:
Bila kita bawa TV rosak untuk direpair (bawa jumpa technician)

Soalan:      Nak repair TV ke..??
Jawapan:   Ehh.. Tak ada lah, aku bosan!! Saje laa aku bawak tv ni jalan-jalan.


Mehh le ikot skali.. Hehehe

Situasi:
Waktu kita baru bangun tidur..

Soalan:        Kau dah bangun..??
Jawapan:     Ishhh.. Tak ada laa, aku tengah tido sambil jalan ni.. (kang ku tamparrr.. sia-sia hidup -_-")


Jom sama-sama
tidur sambil jalan-jalan

Situasi:
Bila kawan kita call phone rumah..

Soalan:        Wehh, kau ada kat mana sekarang ni...??
Jawapan:     Aku ke..?? Aku kat bus stop..!!


Kita tunggu bas sama-sama nakkk...????

Situasi:

Bila someone nampak kita keluar dari bilik mandi, basah-basah and pakai towel.. 
(lepas mandi)

Soalan:        Kau baru mandi ke...??
Jawapan:     Ehh.. Tak ada lah, aku jatuh dalam lubang jamban tadi..!!

Nak jatuh skali ke..?? Mehh le kita.. Hahahahha

Situasi:
Waktu balik kerja, jam 7 malam, nak bukak pintu rumah..

Soalan:         Hai.. Baru balik kerja ke..??
Jawapan:      Tak ada lah, kita baru je nak pergi kerja..!!


Memang nak mintak penampo.. Lagi mau tanya ka..


Situasi:
Waktu kat dalam toilet, pintu toilet of coz dah kunci, tiba-tiba ada orang ketuk.. (melepaskan hajat..)

Soalan:         Ada orang tak kat dalam..??
Jawapan:      Mana ada orang.. Baldi yang tengah cakap ni..!!



Hahahaha.. Terukkan..?? 
Tapi, kebiasaannya.. kita just cakap dalam hati je kan.. Tak ada lah sampai nak cakap terus macam tu.. Kalau lah kita cakap terus macam tu, mesti orang yang dengar tu cakap kita ni tak ada adab kan..??

Okay lah.. Hana pun ada banyak kerja nak buat sebenarnya..
Tapi meluangkan sedikit masa untuk kamoo..

Anyway, Hana nak minta maaf kalau-kalau ada terkasar bahasa..
Tertulis secara tak sengaja.. 

Bye bye...

#The End#

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Jangan Tolak..!!! Saya nak terjun la ni...!!!

Tolak...?? Siapa yang nak tolak siapa ni...?? Terjun..?? Hah!! Ada orang nak bunuh diri ke...??
Hahahaha... Mana ada...!! Cliché la korang ni..
Ehh.. Relax2.. Jangan la panic.. !! (Kat umah da haru-biru.. Hahaha)

Nak tau kenapa menjerit cam tu ke...?? Mesti korang nak tau kenapa Hana buat tajuk macam tu.. kan..kan..kan.. 
Sebenarnya, post Hana kali ni, Hana nak story kat korang pasal ‘Bungee Jumping’... Yayyyy..!!!
Korang tau tak ‘Bungee Jumping’ tu apa...?? 


'Bungee Jumping' ni merupakan satu aktiviti rekreasi yang mula mendapat perhatian di negara kita sekarang ni.. Kalau tak silap maklumat la kan.. Kat Malaysia pun dah ada tempat nak buat aktiviti ni..
Hah..!! Kat mana..?? Hehehe.. Mesti korang nak tau kan...?? Okay2.. Hana bagi tau yeeeerrrr, ni yang Hana tau je yehh..

Jeng..Jeng..Jeng.. Kat Sunway Lagoon..!!! Dengan bayaran RM50.. Korang boleh lah terjun menjunamkan diri pada ketinggian 21 meter dari atas air...

Aspek2 keselamatan amatlah tak boleh nak dipertikaikan lagi.. Mula2 tu kena la ikat tali kat kaki... Hah..!! Nak ikat kat pinggang..??!! Ehh.. Takboleh2, tak boleh la macam tu.. Bahaya tau macam tu... Nak main ‘Bungee Jump’ ni,  kena la utamakan keselamatan diri.. Tali khas untuk aktiviti ni (elastik tau tali tu..), akan disediakan dan akan dipasang oleh orang yang bertanggungjawab kat situ mengikut kesesuaian berat badan.. Kalau orang tu tak ada.. Jangan ngade-ngade nak pakai tali tu sendiri.. 
Nanti tersalah tali pulak.. (Tali ikat lembuuu..)

Bila dah siap semuanya... Get set, Ready, Jummmpppp...!!!! 

Aaaaaaaarrrrrrggggghhhhh...!!!  Eh.. Meh la jerit skali... Hehehe (lebih2 pulak..)
Okay2 sambung story.. Untuk pengetahuan korang la.. Aktiviti ni dilakukan kat tempat yang tinggi... Jadi, sesiapa yang terjun tu.. Mesti menjerit seriau punye la.. Hahahaha.. (Ketawa jahat  ^^,)

Tapi kalau sesiapa ada niat nak bunuh diri... Amatlah disyorkan supaya anda2 tu, main ‘Bungee Jumping’ ni dulu.. Baru tau rasa cam ne bunuh diri... Lepas tu baru amik keputusan samaada nak terjun jambatan atau tak... hehehehe

#Just Joking.. Jangan Marah.. Hehehehe#

Kalau korang nak tau, ada 5 Tempat Bungee Jump Paling Tinggi Didunia ni...
Hana akan senaraikan ikut ranking paling rendah sampailah yang paling tinggi, iaitu dari yang ke-5 hinggalah yang pertama... Okay...???


Ranking: 5th star High Place
Europabrucke Bridge kat AUSTRIA.. Kalau kat sini, ketinggian jambatan tu dah sesuai sangat dah..  Agak2 korang sedia tak nak terjun pada ketinggian lebih 630 kaki...??? (makk tingginya..!!!)

Europabrucke Bridge, Austria..
Cantiknyeeee.... Nak terjun.. Nak terjun... (gayat sebenarnye.. -_-")

Ranking: 4th star Higher Place
Bloukrans Bridge kat AFRIKA SELATAN.. Yang ni lagi tinggi dari yang atas tu.. Umm..?? Berapa kaki..?? Ooowhh.. Takde la tinggi mana, ada la lebih dari 708 kaki... Hehehe (Senyum senget..)

Bloukrans Bridge, South Africa..
Tak jatuh ke..?? Seram lah.. Bawah tu batu.. -_-"

Ranking: 3rd star More Higher Place
Verzasca Dam kat Switzerland.. Yang ni sure selamat.. :p
Ye la.. kan dekat empangan, mesti kat bawah tu banyak air.. kalau jatuh pun kat dalam air je... Tinggi pun lebih kurang yang kat atas tu.. Cuma lebih sikit je.. Ada lah dalam 720 kaki je.. (Saje je takut2kan orang.. Jahat kan Hana ni.. Hehehe

Verzasca Dam, Switzerland...
Cantik lah permandangan kat sini.. Ada tak orang yang baik hati nak bawak Hana pergi tempat ni..??

Ranking: 2nd star Highest Place
Ha..!! Yang ni kat Asia tau.. nak tau kat mana...?? kat Macau Tower yang kat CHINA tu...
Kat mana diorang buat..?? Laaa.. kat puncak Macau Tower tu laaa... Tak tinggi pun.. 760 kaki je...

Macau Tower, China..Tinggi Wooooo. . . . Wa tala belani mau telejun meyyyhhh. . . .
Ranking: 1st star Most Highest Place
Ni lah yang paling di tunggu2 selama ni... tempat paling tinggi sekali... Kali ni tak tipu.. Seriously, memang tinggi.. Tapi macam excited je nak terjun and jerit sekuat hati… Hehehehe..
Eh.. lupa pulak nak bagi tau kat mana tempat tu..
Tempat tu kat Royal Gorge Bridge, Colorado, USA…
Tempat ni, adalah tempat yang paling tinggi untuk korang terjun suka-suka hati..
Kalau tak silap Hana la kan.. Tempat ni setinggi 1053 kaki...

Royal Gorge Bridge, Colorado, USA...
Tingginye.. Tite tatut la.. Awak teman tan tite tat tini ye.. (sepak kang..!!) hehe

Amacam.. Tinggi kan..?? 
Umm.. Kalau la Hana dapat peluang pergi kat semua tempat-tempat tu, mesti best kan..
(Kat Sunway tak sampai lagi.. Ada hati nak gi luar negara.. -_-")

Bila-bila, kalau Hana ada masa, Hana ingat nak pergi Sunway Lagoon laa.. Korang nak ikut tak..??
Haah..!! Apa kata, kita buat rombongan pergi Sunway Lagoon nak..??
(Semata-mata nak main Bungee Jump.. Memang membazir..!! -_-" )

Okay la.. Sampai disini sahaja entri Hana kali ni..
Kalau Hana ada terkasar bahasa atau tertulis, tercakap, tersebut, tertaip yang tak patut..
Hana minta maaf ye.. Take care.. Luv U Ollzzz... 

#The End#

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU