Jom Horseback Riding..!!

Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni, Hana nak kongsi pengalaman 'horseback riding'..
Horseback Riding atau menunggang kuda ni, merupakan aktiviti yang sangat santai disamping dapat mendekatkan diri dengan haiwan yang bernama KUDA..

Untuk pengetahuan korang lah kan..
Hana pernah aktif dalam menunggang dan menjaga kuda..
Waktu tu Hana masih berada dalam tingkatan 4..
Tapi, Hana stop bergiat dalam aktiviti ni disebabkan nak SPM.. 
Nak tumpukan pada pelajaran lah kononnye tu..
And..
Hana juga ada certificate untuk menguruskan kuda..
Jadi, kalau hana nak membela kuda dah senang, sebab dah tahu basic..

Hisshh.. Hana ni.. Asyik cerita pasal diri sendiri je kan..??
Annoying betul..!! Haha

Sebenarnya, Hana bukan nak story pasal diri sendiri..
Tapi nak story pada korang tentang pusat equestrian yang Hana baru lawati baru-baru ni bersama kawan baik Hana iaitu Dya Nadya..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

DARC atau nama panjangnya, Denai Alam Recreation & Riding Club..

DARC ni merupakan sebuah kelab aktiviti menunggang kuda yang baru dibuka beberapa tahun yang lalu.. Selain aktiviti horseback riding, archery turut juga disediakan.. 
(Alamak, dah macam dokumentari la pula.. (-_-")

Alamat:
No.1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16, Denai Alam, 40160 Denai Alam, Selangor.

No. Telefon: Tak sempat nak minta.. 
Sebab akak jaga kaunter tu, dah hilang pergi makan tengah hari.. 

Kalau nak release tension ke.. Nak membelai kuda ke.. 
Boleh la pergi kat DARC..
Kuda-kuda kat sana pun boleh tahan..
Tegap dan hensem.. Hehe ^^

Joy-Ride = RM10.00 
Untuk dua pusingan sahaja ye..

Untuk keahlian..
RM180.00 keahlian untuk setahun, untuk satu keluarga..
Kemudahan lain turut disediakan, seperti archery, dart dan lain-lain lagi..

Bagi yang nak belajar menunggang secara serius..
RM80.00 (Bukan Ahli) & RM30.00 (Ahli) untuk belajar selama setengah jam.

Untuk maklumat lanjut, sila ke --> SINI

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sampai sini je la sesi dokumentari kita hari ni..
Maaf lah ye kalau ada tersilap kata atau terkata tak tentu hala..

Dengan ini kita akhiri dengan nyayian lagu Negaraku
Huhuhu..
Acah je lah.. Jangan marah.. ^^ Chill 

* * * * * * * * * * * * Luv U All * * * * * * * * * * * 

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU