Tasik Pink..???!!

Hai apa khabar semua..?? :)
Hari ni Hana nak story kat korang mengenali sebuah tasik yang airnya berwarna 
PINK..!!

Tasik warna pink...??
Ada ke..??

Korang agak-agak la kan, ada tak tasik yang berwarna pink..
Macam mustahil je nak nampak tasik macam tu kan..??

Kalau korang semua nak tahu, di Australia ada sebuah tasik bernama 'Tasik Hillier'. Air kat dalam tasik tu absolutely memang warna pink dan tak dapat nak dinafikan lagi.

Tasik Hillier ni terletak di Pulau Middle kat Australia barat.
Kalau korang nak tahu, Pulau Middle ni adalah pulau yang terbesar diantara kumpulan pulau-pulau dan gugusan pulau yang telah bergabung menjadi Archipelago of the Recherche yang terdapat di Australia barat. 

Lake Hillier (Hana tengok, da macam aiskrim strawberry.. -_-")
Tasik ni unik tau..
Sebab, tasik ni dikelilingi oleh pasir putih, pokok Paperbark dan pokok Eucalyptus. Pokok apa tu..??
Pokok ni la yang digunakan oleh orang zaman dahulu untuk buat kertas. 

Tasik yang dikelilingi olek pokok Eucalyptus... 
Paperbark Tree and Eucalyptus
Air tasik yang berwarna pink merupakan tarikan utama pulau ini, kerana warnanya adalah kekal walaupun telah diasingkan dan diisikan kedalam bekas yang berbeza.
Sebab air tasik ni berwarna pink.. Hana tak tahu..
Tapi ia masih didalam siasatan. 

Jika dilihat dari pandangan jauh. Antara laut dan tasik ini, yang memisahkannya hanyalah pasir.
Jadi.. Agaknya, ada kemungkinan yang sebenarnya, tasik ni sebahagian dari laut..??
Umm.. Hana pun tak pasti.. Hehehe

Other Explain
Menurut kajian John Thistle, air tasik ni mempunyai campuran garam yang tepu. Punca air menjadi pink, masih tak dapat dikenalpasti lagi, dan ada kemungkinan, warna pink ini dihasilkan oleh organisma-organisma dalam tasik tersebut yang dipanggil Dunaliella Salina dan Halobacteria
Ada juga saintis yang mengatakan bahawa air tasik ini menjadi pink kerana adanya bakteria Halophilic Merah pada keruping garam yang terdapat didalam tasik.

Lokasi Tasik Hillier
Kalau korang ada terasa nak mandi dalam tasik ni, jangan segan silu untuk terjun bersama Hana. 
Sebab air tasik ni tidak akan memudaratkan manusia dan tidak akan memberikan apa-apa kesan buruk terhadap kulit.

Takut jugak ke..?? Kalau macam tu kita ajak abang negro ni sekali.. Hehehe..

"Cepat terjun..!!" (Mesti takde hal punye..!! Hahaha)
Ok lah, sampai sini je dokumentari pasal tasik pink kita hari ni..
Kalau Hana ada tersilap taip, maafkanlah ye..

Luv U Ollzz.. 

- - - - - - - - - - Hana Sang Ratu - - - - - - - - - - 


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Jiwang TAPI Kelakar..!!

Apa yang jiwang sangat tu..??
Hehehe..
Sebenarnya, hari ni, Hana nak bagi korang ayat jiwang tak boleh blah, tapi kelakar..
Ayat-ayat cinta tak boleh blah ni Hana main amik je kat mana-mana tah.. Hahaha..
Asal boleh..
Almaklumlah.. Dihari yang membosankan ni.. Dah tak ada apa nak buat..
Nak menaip pun, tak tahu nak taip apa..

Ok lah.. Ni ayat-ayat jiwang karat tu..
Enjoy your reading..

---- LOVE ---- LOVE ---- LOVE ---- LOVE ----



1. To My Love
Sayang..Kalau boleh, I nak POS semua rindu I ni pada U..
Tapi POSMEN kata, rindu I ni besar sangat..
Sampai nak terbalik motor dia..
(Suruh posmen tu bawa kereta la.. Haha)

2. Puisi Patah Hati Buatmu
Ku tanam sayang, tapi disakiti..
Ku tanam cinta, tapi dikhianati..
Ku tanam rindu, tapi tak dihargai..
Ku tanam 'BOM', biar semua mati..
(Habisla.. Jap lagi, ada yang kena bom.. ^_^")

3. Persoalan
Aku terpaku dek renunganmu..
Hatiku tertanya-tanya.. "Benarkah ini?"
Nafasku tertahan.. Ku tunduk segan..
Lalu ku bertanya.. 
"Kau kentut kan?"
(Mesti dah tak boleh nak tahan kan.. Hahaha)

4. Terluka
Jika kau kecewa dan bersedih kerana terluka..
Izinkan ku hadir merawat lukamu..
Kerana..
Aku ada plaster 20sen..
Nak tak..??
(Nak yang transparent taw.. Haha)


Sampai disini sahaja dokumentari ayat jiwang kita hari ini..
Dengan itu, saya akhiri dengan beberapa pepatah yang telah patah..


Kemana tumpahnya kuah kalau tak kebawah..
Harapkan pagar, pagar tak boleh harap..
Alang-alang mandi biar guna sabun..
Cubit peha kanan, peha kiri tak rasa langsung..
Hendak seribu daya, tak hendak tak apa..
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut pulut habis..

Yang menyampaikan berita..
Karam dilaut Siggah dipasar, TVBlogger..

-------------------- Hana Sang Ratu -------------------

#Just4Fun.MaafLaYe.CompangCamping#

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU