Arang..!!!!

Hahhh..!! apa tu..?? arang dapur ke..??
Ehh.. bukan la.. Hehehe

Hana nak story mori kat korang ni.. Hana baru je habis tengok cerita korea yang bertajuk...
"Arang and The Magistrate"

Arang and The Magistrate
Watak utama cerita ni adalah 'Shin Min Ah' sebagai Arang a.k.a Lee Seo Rim dan 'Lee Jun Ki' sebagai Magistrate iaitu Kim Eun Oh... 

Shin Min Ah & Lee Jun Ki
Arang and The Magistrate
Ok.. cerita ni mengisahkan tentang hantu yang bernama Arang yang dah mati 3 tahun yang lalu. Arang ni pelik sikit, sebab dia hilang ingatan. Dia tak ingat langsung tentang kehidupan dia, time dia still hidup.
Semuanya berubah lepas dia jumpa Kim Eun Oh yang tengah mengembara nak cari mak dia yang hilang 3 tahun yang lalu. Eun Oh ni boleh nampak hantu. So, Arang nak mintak tolong pada Eun Oh supaya tolong dia cari identiti sebenar dia dan sebab kematian dia. 
Kim Eun Oh menolak permintaan Arang. Tapi tanpa dia sedar, dia dah janji pada Arang yang dia akan tolong Arang kalau dia jadi Magistrare kat kampung tu. So, Arang sedaya upaya buat helah supaya Eun Oh boleh jadi Magistrate. Rancangan Arang berhasil dengan bantuan Seorang bomoh.. (Bomoh paling pelik dalam dunia.. Hahaha)

Disebabkan dah berjanji dan pada masa yang sama Eun Oh nak cari mak dia. Eun Oh tolong Arang untuk cari identiti dia yang sebenar. Akhirnya diorang dapat tahu yang nama Arang ni sebenarnye adalah Lee Seo Rim. Lee Seo Rim ni sebenarnya adalah anak kepada magistrate lama kat kampung tu. (Anak Lord upenye.. -_-")

Kalau korang tengok cerita ni.. Mesti tersentuh punye la.. Arang yang nak sangat tahu tentang kematian dia, akhirnya tahu tentang kehidupannya dulu. Arang akhirnya tahu sebab dia mati. Siapa penyebab dia mati. Arang dapat tahu yang Lee Seo Rim dah bertunang dengan Tuan Muda Choi Joo Wal yang dilakonkan oleh Yun Woo Jin. Magistrate Kim Eun Oh pun dapat jumpa mak dia, yang membawa kepada pertarungan antara rasa cinta kepada Arang dan rasa kasih kepada seorang ibu. 

   Choi Joo Wal                Arang               Magistrate Kim Eun Oh

Cerita ni tambah menarik bila Arang menjadi manusia semula dengan bantuan Maharaja Jed yang dilakonkan  oleh Yoo Seung Ho dan Hades (Yeom Ra) yang dilakonkan oleh Park Joon Gyu. Berlakunya cinta 3 segi antara Arang, Kim Eun Oh dan Choi Joo Wal. Tak tahu mana nak pilih. Bekas tunang ataupun cinta baru. Kalau Hana la kan, of coz Hana pilih Kim Eun Oh. Hehehe (gatai noooo..)

Kiri:- Grimm-Reaper Moo Yeong
Kanan:- Hades (Yeom Ra)
Tengah:- Maharaja Jed

Berlakunya persoalan dimana, Choi Joo Wal ada kaitan dengan kematian Lee Seo Rim. Macam mana Kim Eun Oh boleh nampak hantu. Siapa sebenarnya mak Kim Eun Oh. Kenapa nama mak Eun Oh jadi Moo Yeon. Apa kaitan Moo Yeon dengan Moo Yeong (Grimm-Reaper). Siapa sebenarnya Maharaja Jed pada Kim Eun Oh. Kenapa Maharaja Jed tolong Arang. Semua tu korang akan tahu bila korang tengok drama ni.. Interesting kan..?? Heheheheh

Hana kalau boleh.. nak story dari A sampai lah Z.. Tapi.. Banyak sangat.. Kang korang baca, sampai esok tak habis.. ni pun, Hana dah rasa macam tengah buat karangan BM je.. Hehehe.. Oh ye..!! Hana rasa la kan.. Korang patut tengok drama ni.. Ending dia sweet sangat-sangat.. Rasa macam nak ulang 88 kali je.. Hahaha..

Hana kompius sikit dengan cerita ni.. Kenapa Yeom Ra tua, tapi Maharaja Jed muda..??? Hahaha.. Tak pe la.. Sekali-sekala dapat Maharaja Jed muda n sexy.. :p hehehehe
Tapi.. kenapa Maharaja Jed comel sangat.. 
Oh Yoo Seung Ho.. 
My Emerald Emperor of my heart..!!! (dia da mula da..)
Rasa teringin pulak nak minum teh bunga yang Maharaja Jed buat..
Dah la buat daripada bunga kat atas badan kambing.. Hahahahaha

Oh Maharaja Jed (Yoo Seung Ho) ku yang comel.. Hehehe
Ok lah.. sampai sini je sesi merapu-meraban kita..
Hana nak minta maaf kalau Hana ada tercakap sesuatu yang menyakitkan hati, 
jiwa dan raga bakul korang.. 
Ok lah.. Tata Titi Tutu..

- - - - - - - - - - - - - - - - - With Love - - - - - - - - - - - - - - - -
   Hana Sang Ratu 

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

No comments:

Post a Comment

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU