Jom Kita Makan Aiskrim..

Assalamualaikum..
Salam kasih sayang.. Salam satu Malaysia.. ^_^

Dah lama Hana tak update kat blog yang dikasihi ni..
Al-maklumlah, Banyak sangat perkara yang nak difikirkan dan nak dilakukan..
Tiba-tiba teringat yang Hana dah lama tak mengarut disini..

Tujuan Hana mengupdate hari ni.. (rosak bahasa -_-")
Hana nak bagi tahu kat korang semua..
Hana sedang menjayakan bisnes aiskrim baru-baru ni..
Maklum lah, cuaca yang panas tak menentu sekarang ni kan..

Hah..?? Nak aiskrim free..??
Eh.. Hana baru nak mula.. Kalau semua nak free..
Bila bangsa melayu kita ni nak maju..??

Aiskrim apa..??
Agak-agak korang la kan.. 
Aiskrim apa yang tengah hangat di pasaran sekarang ni..??
Hah..?? Tak nak teka..??
Okay lah, Hana terus terang je okay..??
Jawapannya adalah...
Jeng.. Jeng.. Jeng..

AISKRIM PASU..!!!!!!!

Bila barang tengah hangat ni..
Teringin lah pulak nak diketengahkan..

Cute kan..?? Sebijik macam pasu bunga..
Amacam.. Ada comel ka ini aiskrim..
Rasa sayang je nak makan kan..??
Ada bunga.. Ada jelly worm.. Ada sweet rock..
Colouful gitu you.. Huhu

Sederet kelazatan penuh kasih sayang.. ^_^
Bukan nak kata lah kan..
Semua ni.. Hana buat penuh ketelitian dan kasih sayang tau..
(Terbangga sekejap.. Huahuahua)

Yang ni testimoni pelanggan yang sangat comel..
Sweet sangat student-student ni..
Siap bakul lagi diorang bawak..

Susunan yang cantik.. Muat-muat pulak tu.. Huhuhu
Amacam.. Comel tak..??
Ada rasa macam nak makan sekarang jugak tak..??
Kalau ada.. Meh, Hana bagi lokasi kat korang..

Bagi yang stay kat Johor senang..
Yang kat luar Johor tu, payah sikit..
Lokasi berada di Parit Raja, Batu Pahat..

Tu bukan kawasan perumahan ke..??
Eh, memang lah kawasan perumahan..
Sebab Hana buat kat rumah je.. 
Kalau buat kat kedai leceh lah..

Jom datang rumah Hana beramai-ramai..

Datang rumah beli aiskrim tak apa..
Jangan pulak datang nak meminang..
Terkejut mak Hana nanti..
Hahaha.. Joke je.. Jangan marah haaa.. 

Oh ya.. Sebelum Hana terlupa..
Alang-alang tengah promote aiskrim ni..
Kena lah promote habis-habisan..
Bukan apa.. Hana ni malas sikit nak menaip ni.. 
Bak kata pepatah yang tekepak..
"Alang-alang menyeluk pekasam, Masuk sekali dalam tempayan tu.."

Yang ni produk terbaru..
Baru naik ni.. Barang panas jugak ni..

Aiskrim Kelapa...!!! Sweet sweet je kan..
Hah.. Ni lah dia AISKRIM KELAPA..
Hana guna kelapa muda..
So, korang boleh la enjoy isi kelapa ni..
Sedap yang tak terhingga wehhh..
Hingga menjilat ibu jari kaki..

Okay lah.. 
Sampai disini sahaja sesi mengarut bersama Cik Hana..

Hana nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca..
Yang tak sudi tu tak apa.. 
Terima kasih lah jugak sebab sudi baca tajuk..

Untuk maklumat lanjut..
Boleh hubungi nombor ni..

012-726 2474 / 011-1752 2455

Kalau nak terjah je.. Pandai-pandai la korang tengok peta tu ye..


* * * * * * * * * * * * * With Love Hana Sang Ratu * * * * * * * * * * * * * 




Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Korean Street Food

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Dah bulan May dah pun, dah lama Hana tak update blog ni..
Bukannya Hana tak nak update, cuma tak berkesempatan je..

Tema: Jalan-jalan Cari Makan
Kali ni, Hana nak mengetengahkan mengenai makanan Korea..
Almaklumlah, sekarang ni kan zaman gila Drama-drama Korea..
Seperti Runningman, Barefoot Friends dan macam-macam lagi..
Cewahh..!! Dah macam dokumentari pulak..

Okay..!!
Lokasi Korean Street Food yang Hana nak cover story ni, ada kat Sunway Pyramid..
Tak Ramai yang tahu, sebab kedai ni baru dibuka awal tahun ni..
Kedai utamanya berada di Subang Jaya, yang kat Sunway Pyramid tu, cuma cawangan je..
Kedai utama tu, dah lama dibuka.. Tambah cawangan lah katakan.. ^^,

Di Sunway Pyramid
Menu yang disediakan juga memuaskan hati, kerana ada banyak pilihan..
Harga pun, tidak terlalu mahal.. Yang penting, rasa makanan tu sedap..
Betul tak..??

Muka hadapan menu.. ^^,
Hana, kalau bab makan dan menternak lemak memang no.1..
Lagipun, tekak Hana ni, tekak international..
Semua sumbat.. Tapi yang halal je ok..

Menu 1..

Menu 2..
Menu 3..
Huihh..!! Rambang mata dibuatnya..
Kalau ikutkan hati, nak je Hana try semua tu..
Tapi, sorang-sorang.. Karang, tak habis, membazir la pulak..
Membazir kan amalan syaitan.. 

Makanan yang Hana pilih adalah..
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Jjajang Myun...!!!! Ofcoz ada side dish.. Kimchi..!! Huahuahua..
(Nampak sangat terpengaruh dengan drama korea kan..?? Haha)

Jjajang Myun.. (Black Bean Sauce Mee)
Hana pilih makanan ni sebab dalam menu tu pun, Jjajang Myun ni merupakan salah satu makanan popular yang sering menjadi pilihan ramai..
Hana pilih air Peach sebagai minuman pilihan.. Hehe
Hana memang suka air Peach, sebab rasanye sweet je..

Kenyang Hana makan.. Walaupun merayap sorang-sorang kan..
Alhamdulillah.. Kenyang perut.. (Malu kita.. Hehe)
Sebelum balik, Hana sempat order satu lagi makanan untuk dibawa pulang..
Hana order 'Kimbab'..
Sepupu sushi tu.. Nasi yang digulung dengan rumapai laut tu..

Okay lah..
Sampai disini saja rancangan Jalan-jalan cari makan kita..

Kalau nak cuba, jangan segan-segan..
Pergi je terjah, walaupun sorang-sorang.. (Macam Hana..)
Jangan bimbang, sebab makanan ni Halal..
Kalau was-was.. Tengok kat cermin kedai tu.. Tenung dalam-dalam..
Certificate Halal tu..

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke --->> Facebook

Kalau nak terus terjah..

Subang Jaya:
No.28, Jalan ss15/8, Subang Jaya, 47500 Selangor...

Sunway Pyramid:
Lot 197 Asian Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall...

* * * * * * * * * * * * * * With Love HanaSangRatu * * * * * * * * * * * * * * * 


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Jom Horseback Riding..!!

Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni, Hana nak kongsi pengalaman 'horseback riding'..
Horseback Riding atau menunggang kuda ni, merupakan aktiviti yang sangat santai disamping dapat mendekatkan diri dengan haiwan yang bernama KUDA..

Untuk pengetahuan korang lah kan..
Hana pernah aktif dalam menunggang dan menjaga kuda..
Waktu tu Hana masih berada dalam tingkatan 4..
Tapi, Hana stop bergiat dalam aktiviti ni disebabkan nak SPM.. 
Nak tumpukan pada pelajaran lah kononnye tu..
And..
Hana juga ada certificate untuk menguruskan kuda..
Jadi, kalau hana nak membela kuda dah senang, sebab dah tahu basic..

Hisshh.. Hana ni.. Asyik cerita pasal diri sendiri je kan..??
Annoying betul..!! Haha

Sebenarnya, Hana bukan nak story pasal diri sendiri..
Tapi nak story pada korang tentang pusat equestrian yang Hana baru lawati baru-baru ni bersama kawan baik Hana iaitu Dya Nadya..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

DARC atau nama panjangnya, Denai Alam Recreation & Riding Club..

DARC ni merupakan sebuah kelab aktiviti menunggang kuda yang baru dibuka beberapa tahun yang lalu.. Selain aktiviti horseback riding, archery turut juga disediakan.. 
(Alamak, dah macam dokumentari la pula.. (-_-")

Alamat:
No.1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16, Denai Alam, 40160 Denai Alam, Selangor.

No. Telefon: Tak sempat nak minta.. 
Sebab akak jaga kaunter tu, dah hilang pergi makan tengah hari.. 

Kalau nak release tension ke.. Nak membelai kuda ke.. 
Boleh la pergi kat DARC..
Kuda-kuda kat sana pun boleh tahan..
Tegap dan hensem.. Hehe ^^

Joy-Ride = RM10.00 
Untuk dua pusingan sahaja ye..

Untuk keahlian..
RM180.00 keahlian untuk setahun, untuk satu keluarga..
Kemudahan lain turut disediakan, seperti archery, dart dan lain-lain lagi..

Bagi yang nak belajar menunggang secara serius..
RM80.00 (Bukan Ahli) & RM30.00 (Ahli) untuk belajar selama setengah jam.

Untuk maklumat lanjut, sila ke --> SINI

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sampai sini je la sesi dokumentari kita hari ni..
Maaf lah ye kalau ada tersilap kata atau terkata tak tentu hala..

Dengan ini kita akhiri dengan nyayian lagu Negaraku
Huhuhu..
Acah je lah.. Jangan marah.. ^^ Chill 

* * * * * * * * * * * * Luv U All * * * * * * * * * * * 

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Beautiful Art

Assalamualaikum pembaca-pembaca semua..
Apa khabar..?? 

Okay..
Entry Hana kali ni, Hana cuma nak story pasal 'ART'
Seni merupakan hasil karya yang indah dan dapat menyentuh perasaan..
Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan karya seni..
Salah satu daripadanya adalah melalui lukisan..
Ish.. Macam dokumentari la pulak penerangan Hana kan..

Kali ni Hana tak nak sembang banyak-banyak..
Hana nak bagi korang tengok gambar-gambar yang Hana kutip kat Pakcik Google dan website lain..
Tapi, kebanyakkannya Pakcik Google yang banyak menyumbang..

Anyway..
Enjoy your view.. ^0^

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ce bagi sikit susu tu kat Giraffe..
Macam mana agaknya, kalau kat tengah2 jalan tu memang berlubang..??
Walaupun nampak simple, mesti susah nak buat kan..??
Ni, kalau orang tengah mabuk, mau dilanggarnye dinding tu..
Ni namanya, meluncur sambil minum air..
Alahai jinaknye Tok Rimau.. Kalau camni, Hana nak sekoq la..
Cam empuk je sofa tu kan..?? Padahal lantai..
Hah.. Tarik, jangan tak tarik.. Bagi jinak sikit T-Rex tu..
Tangkap cepat.. Nanti boleh hantar kat zoo..
Meh le makan sama.. Berkhasiat tau..
Alamak camne boleh termasuk kat situ pulakkk...!! Tarik.. Tarik..
Oopss.. Nanti, nanti.. Ada orang kat bawah ni oi..
Yay..!! Jap lagi nak kena makan ngan buaya..
Ni la haiwan peliharaan Hana kat rumah.. Jinak kan..?? Huhu

Kalau korang perasan la kan..
Kebanyakkan 'Street Art' yang Hana tunjuk kat korang adalah hasil karya Nikolaj..

Okay lah.. 
Sampai sini je entry hana kali ni..
Semoga anda semua terhibur dengan semua lukisan-lukisan tadi..

* * * * * * * * * * * * Love Misz Hana * * * * * * * * * * * *


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Funny Princess

Assalamualaikum my beloved reader..
Hari ni,
Hana malas nak menulis..
Hari ni, Hana nak letak gambar je..

So.. Enjoy the pictures.. 
Hehehe..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Cakkk..!! Hahaha.. Tezutt tak..??
Ni.. Princess in Hobbit Version..
Fuhh..!! Princess as Super Heroes
Princess in Anime Highschool.. Huhuhuhuhu..!!
Princess yang terlebih berat badan.. hahahaha
Princess extra ganazzz..!! Gaduh nak amik gambar..
Attaaaaacccckkk..!!! Hahahahaha..
Kejaaaaarrrr..!! Hahahaha.. Jack Sparrow..!!
Alllaaammaaakkk...!! Sailor Princess Tuuu.. Huhuhu.. Cayalaaahhh..!!
Pehh..!! Teenagers Princess laaa.. Huhhuhu.. Stylo..!!
Kalau princess-princess jadi cam ni.. Nangis budak-budak.. Haha..!!

Last but not least..

Sabo je la, Kalau diorang ni ada Facebook.. Hahaha

Ok lah.. sampai sini je sesi menampal gambar kita hari ni..
Tata.. Titi.. Tutu..

Ooopss.. Last Pict..!! (-_-")
Tertinggal la pulakkkk.. 
Huhuhu

Sesi main rambut Rapunzel.. Meh le kita.. Huhuhuuhu..
* * * * * * * * * * Luv U Ollzz * * * * * * * * *

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Seppuku a.k.a Harakiri

Hah..??
Sepupuku..??
Sepupu siapa..??

Ehh..
Bukan sepupuku lah..
Tapi.. SEPPUKU..

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca setia blog Hana yang dah nak roboh ni..
Ehh.. Belum roboh lagi.. Hari tu baru renovate sikit.. 
Hehehe...

Ok lah..
Hari ni Hana nak story mengenai satu amalan lama yang sering diamalkan oleh samurai-samurai Jepun pada zaman dahulu..
Tapi, kalau korang nak tahu lah kan..
Zaman sekarang pun, ada lagi orang Jepun yang masih mengamalkan perbuatan ni..

Amalan tersebut adalah,
SEPPUKU..!!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Seppuku atau Harakiri ni merupakan amalan lama bagi samurai Jepun..
Sesetengah orang hanya tahu mengenai Harakiri sahaja..
Harakiri bermaksud Potong Perut..
Perkataan Harakiri ni selalunya, hanya orang yang bukan orang Jepun sahaja yang guna..
Orang Jepun menyebutnya sebagai Seppuku..

Seppuku merupakan perbuatan mencabut nyawa sendiri..
Senang kata, Bunuh Diri..!!

Kita potooongggg..!!
Upacara ini biasanya dilakukan oleh samurai yang tidak berjaya melakukan tugas yang diberikan dengan sempurna.. 

Ni la yang jadi kalau tugasan fail..
Jika pada mereka, tugasan itu sudah gagal, mereka akan melakukan upacara Seppuku untuk menghilangkan rasa bersalah dalam diri mereka.

Wow.. Failure means Death tuuu...
Honor Seppuku
Ia merupakan upacara yang sama..
Cuma, ia nya lebih bermaruah..
Iaitu melakukan upacara tersebut dihadapan ketua, selepas upacara minum teh..

Maaf tu belum cukup untuk tutup kegagalan... Seram Tuu..
Eisshh.. Nak bunuh diri pun, nak minum teh dulu..
Apa daaa..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Upacara Seppuku ni, biasanya dilakukan dengan menggunakan sejenis pisau kecil atau pedang kecil yang dipanggil 'Tanto'...

Cantinya Tanto ni... huhuhu (^_^")
Agak-agak, kalau tak nak menyempat langsung..
Guna pedang samurai yang biasa pun boleh juga..

Mungkin lebih baik kalau guna Tanto..
Hehehehe..
Sebab Tanto lebih kecil dan mudah untuk menyiat..

Nak lakukan Seppuku ni pun, ada caranya..
Bukan main cucuk-cucuk je kat perut, lepas tu mati..
Cara melakukan Seppuku ni agak menyeramkan..
Sebab kena siat perut sendiri, selepas menikam diri sendiri..
Cara-cara nak lakukan Seppuku..
Memang menyiksakan...
Eiisshh.. Mengerikan betul lah kan..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
Tanto-tanto yang lain..

Tanto Cold Steel Imperial
Tanto Kunimitsu

Ada juga Card Game mengenai Seppuku..
Haaa.. Tuuu Diaaa,..

Lawak Seppuku yang biol..
Hahahaha.. Tak nak agak kann...??

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ok lah.. Sampai disini sahaja sesi conteng-conteng kita hari ni..
Kalau ada terkasar bahasa, terblender ayat.. Maafkan lah ye..
Al maklumlah.. Blog suka-suka..

Take Care * * * Love U All * * * Miss Me 


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Ais Warna Turquoise.. ???

Assalamualaikum semua pembaca setia blog Hana..

Hari ni Hana nak story pasal ais yang berwarna turquoise..
Ais warna turquoise..??
Ada ke ais warna tu..??
Eh.. mestilah ada.. tu pun kalau korang letak pewarna la kan.. hehehe

Tapi kan..
Ais yang Hana nak tunjuk kat korang ni, memang berwarna turquoise.. Secara semula jadinya ia terbentuk dan mempunyai warna yang sedemikian... 

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Northern Lake Baikal, Siberia, Russia.

Northern Lake Baikal
Tasik Baikal.. Cantik kan..??
Ingat tau.. Tasik Baikal.. Jangan terkeliru dengan Tasik Balkhash tau..
Hehehe..

Dalam bahasa Mongolia, Baikal bermaksud semula jadi..
Tasik Baikal merupakan tasik tertua didunia dan berusia lebih 25 juta tahun. Mempunyai kedalaman sedalam 5,387 kaki. Tasik Baikal merupakan tasik yang paling jernih airnya diantara tasik-tasik yang ada kat dunia ni. Jika diukur melalui tahap kebersihan pula, Tasik Baikal merupakan tasik yang mempunyai kadar kebersihan air yang paling tinggi.
Jadi, kalau korang rasa nak minum terus air kat tasik ni pon boleh.. Jangan takut.. Dijamin selamat dan tidak berbahaya.

Cantiknya... Sapa nak pergi angkat kaki.. hehehe
Tasik Baikal ni pada asalnya merupakan sebuah lembah curam. Tasik Baikal merupakan tasik yang berbentuk sabit dan mempunyai kawasan permukaan seluas 31,722 km (12,248 sq mi). Kawasan tasik ni juga merupakan tempat tinggal untuk 1,700 spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan 2/3 daripada haiwan dan tumbuhan tersebut tiada dimana-mana negara didunia ini. Perkara ni dah di sahkan oleh UNESCO World Heritage Site pada tahun 1996. 
Kawasan Tasik Baikal..
Kalau korang nak tahu, Tasik Baikal ni juga merupakan tempat tinggal bagi orang asli dari puak Buryat.

Hah..?? Apa kaitan tasik ni dengan ais warna turquoise tu..??
Mestilah ada.. Hehehe

Kalau korang nak tahu ais yang berwarna turquoise tu terhasil daripada air Tasik Baikal ni. 
Pada musim sejuk, kebiasaannya air tasik pasti akan membeku kan..??

Hana tak dapat nak terangkan macam mana ais tu boleh berwarna turquoise, tapi yang Hana tahu, semua ni adalah keajaiban dari ciptaan Tuhan dan semua ciptaan-NYA merupakan ciptaan yang indah lagi menakjubkan.. 

Cantiknye... ^_^
Time musim sejuk, kiub-kiub ais ni akan terhasil diatas permukaan tasik dan memberikan suatu permandangan yang sangat indah. ^_^

Indahnya...
Kalau korang perhatikan betul-betul, walaupun pada rekahan ais, kita masih boleh nampak warna ais ni kan..?? betul tak.. ^_^

Pada kawasan terlindung..
Cuba korang perhatikan, warna ais ni lebih kelihatan bila berada pada tempat yang lebih gelap..

Umm..
Hana teringin nak tengok permandangan musim sejuk kat tasik ni pada waktu malam..
Agak-agak la kan.. Ais ni glowing tak..?? Hehehe

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - -

Ok lah, sampai sini je kesejukan yang melanda blog Hana kali ni..
Hana minta maaf kalau ada terkasar bahasa, terkata tak tentu hala, atau termelalut yang terbelit..
Maafkan lah ya.. ^_^

 - - - - Salam Sayang dari Hana - - - -

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU