Jom Kita Makan Aiskrim..

Assalamualaikum..
Salam kasih sayang.. Salam satu Malaysia.. ^_^

Dah lama Hana tak update kat blog yang dikasihi ni..
Al-maklumlah, Banyak sangat perkara yang nak difikirkan dan nak dilakukan..
Tiba-tiba teringat yang Hana dah lama tak mengarut disini..

Tujuan Hana mengupdate hari ni.. (rosak bahasa -_-")
Hana nak bagi tahu kat korang semua..
Hana sedang menjayakan bisnes aiskrim baru-baru ni..
Maklum lah, cuaca yang panas tak menentu sekarang ni kan..

Hah..?? Nak aiskrim free..??
Eh.. Hana baru nak mula.. Kalau semua nak free..
Bila bangsa melayu kita ni nak maju..??

Aiskrim apa..??
Agak-agak korang la kan.. 
Aiskrim apa yang tengah hangat di pasaran sekarang ni..??
Hah..?? Tak nak teka..??
Okay lah, Hana terus terang je okay..??
Jawapannya adalah...
Jeng.. Jeng.. Jeng..

AISKRIM PASU..!!!!!!!

Bila barang tengah hangat ni..
Teringin lah pulak nak diketengahkan..

Cute kan..?? Sebijik macam pasu bunga..
Amacam.. Ada comel ka ini aiskrim..
Rasa sayang je nak makan kan..??
Ada bunga.. Ada jelly worm.. Ada sweet rock..
Colouful gitu you.. Huhu

Sederet kelazatan penuh kasih sayang.. ^_^
Bukan nak kata lah kan..
Semua ni.. Hana buat penuh ketelitian dan kasih sayang tau..
(Terbangga sekejap.. Huahuahua)

Yang ni testimoni pelanggan yang sangat comel..
Sweet sangat student-student ni..
Siap bakul lagi diorang bawak..

Susunan yang cantik.. Muat-muat pulak tu.. Huhuhu
Amacam.. Comel tak..??
Ada rasa macam nak makan sekarang jugak tak..??
Kalau ada.. Meh, Hana bagi lokasi kat korang..

Bagi yang stay kat Johor senang..
Yang kat luar Johor tu, payah sikit..
Lokasi berada di Parit Raja, Batu Pahat..

Tu bukan kawasan perumahan ke..??
Eh, memang lah kawasan perumahan..
Sebab Hana buat kat rumah je.. 
Kalau buat kat kedai leceh lah..

Jom datang rumah Hana beramai-ramai..

Datang rumah beli aiskrim tak apa..
Jangan pulak datang nak meminang..
Terkejut mak Hana nanti..
Hahaha.. Joke je.. Jangan marah haaa.. 

Oh ya.. Sebelum Hana terlupa..
Alang-alang tengah promote aiskrim ni..
Kena lah promote habis-habisan..
Bukan apa.. Hana ni malas sikit nak menaip ni.. 
Bak kata pepatah yang tekepak..
"Alang-alang menyeluk pekasam, Masuk sekali dalam tempayan tu.."

Yang ni produk terbaru..
Baru naik ni.. Barang panas jugak ni..

Aiskrim Kelapa...!!! Sweet sweet je kan..
Hah.. Ni lah dia AISKRIM KELAPA..
Hana guna kelapa muda..
So, korang boleh la enjoy isi kelapa ni..
Sedap yang tak terhingga wehhh..
Hingga menjilat ibu jari kaki..

Okay lah.. 
Sampai disini sahaja sesi mengarut bersama Cik Hana..

Hana nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca..
Yang tak sudi tu tak apa.. 
Terima kasih lah jugak sebab sudi baca tajuk..

Untuk maklumat lanjut..
Boleh hubungi nombor ni..

012-726 2474 / 011-1752 2455

Kalau nak terjah je.. Pandai-pandai la korang tengok peta tu ye..


* * * * * * * * * * * * * With Love Hana Sang Ratu * * * * * * * * * * * * * 




Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

1 comment:

  1. aiskrim pasu tu x teringin, dok teringin aiskrim kelapa tu, mcm menarik je :)

    ReplyDelete

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU