Malam tadi masa Hana dok selak2 muka buku.. Ada kawan Hana ni wat satu 'status' yang kelakar..
Agak menarik la jugak.. Mana tak nye, ada ke patut dia wat status 'Alasan2 Student bila nak Clash..'
Funny sangat ayat2 nak clash tu.. hahaha (ketawa golek2..)
Kalau korang baca, mesti korang cakap 'tak boleh blah punye ayat..!!'..
1. Ayat Clash Student Kimia:
"Saya dah banyak terdedah dengan bahan kimia, saya takut tak dapat beri awak zuriat. Kita berpisah ea..??"
(agaknye banyak sangat bahan kimia yang dia telan.. -_-")
2. Ayat Clash Student Fizik:
"Saya dah banyak belajar mengenai fizik kuantum yang tak nampak, dan saya tak nampak awak dalam diri saya. Kita clash ye.."
(meh sini aku blasah ko sampai tak nampak muke..!! hahaha..)
3. Ayat Clash Student Matematik:
"Saya dah buat kira-kira guna limit function, dan saya rasa memang sampai disini sahaja limit perhubungan kita.."
(takpe.. jap lagi kita buat kira-kira tulang patah ye sayang.. -_-")
4. Ayat Clash Student Biologi:
"Maafkan saya, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dengan awak lagi.."
(nanti saya masakkan awak sayur kangkung masak lemak ngan kumbang goreng untuk awak ea..)
Dialog:-
Girl: Awak.. Maafkan saya kita harus berpisah . . .
Boy: Tapi kenapa sayang..?? Kenapa kita harus berpisah . . ??
Kenapa harus.. Kenapa tak wajib . . . ???
Girl: Ha . . ?????
# Untuk hiburan semata-mata >_< #
5. Ayat Clash Student Pergigian:
"Saya tahu yang cinta awak pada saya palsu semata-mata. Cinta palsu yang sepalsu gigi palsu..!!"
(kang tak pasal2, dia yang pakai gigi palsu..!! -_-")
6. Ayat Clash Student Perundangan:
"Talk to the hand, see you in court..!!!"
(ni da melampau..!! ada yang makan kaki ni kang...)
7. Ayat Clash Student Seni:
"Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya sepenuhnya... Maafkan saya"
(tiada maaf bagimu..!!)
8. Ayat Clash Student Pengajian Islam:
"Saya dah solat istikharah malam tadi dan maafkan saya, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya.."
(kejamnya ayat ni.. -_-")
9. Ayat Clash Student Perubatan:
"Awak saya nak minta maaf, saya dah jatuh cinta dengan semua pesakit saya.. Maaf, saya tak boleh berkongsi kasih dengan awak.. Kita clash ye.."
(ha..!! tak kan awak cintakan nenek saya sekali.. -_-")
Dialog:-
M.Cat: Kita dah clash la . . Baik awak keluar dari kotak saya tu . . .
F.Cat: Saya tak nak.. Awak dah janji nak kongsi kotak ni. . .
M.Cat: Sebab ni la saya clash dengan awak. . . !!
F.Cat: Kenapa pulak . . .??
M.Cat: Awak da gemuk..!! kotak tu dah tak muat . . -_-"
Ada ka patut..!! (slang ala-ala penang..) hahahaha..
Anyway la kan.. orang yang buat bende ni sure dah tak ada keje lain nak buat kan..
Ha.. Ada lagi 1 tertinggal... Yang ni kawan Hana yang tambah.. hehehe
Almaklumlah.. Kami kan Student Pengurusan Maklumat.. -_-" (tak boley blahh..!!)
10. Ayat Clash Student Pengurusan Maklumat:
"Awak.. Saya dah 'search' dah.. Tapi awak tak ada dalam mana-mana database saya.. So, kita clash ye.."
(elak kene 'hack' je database dia tu.. hahahaha)
# Just For Fun.. Chill Out..!!! #
Okay lah.. Hana pun ada kerja nak buat ni.. Pastu nak merayap.. hehehe..
Hari sabtu cam ni.. Kalau jalan-jalan pergi shopping atau cuci mata pun best.. Betul tak...??
Sebelum Hana pergi.. Hana nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa hati atau tertembak jantung..
Entri ni hanya untuk suka-suka..
Dan tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia..
# Smile Always.. Assalamualaikum.. #
best ^^
ReplyDelete;)
hehehehehe
Thanxxxx Aima.. :) hehehe
Deletehaha lawak la entry ni
ReplyDeletethanks sbab sudi baca.. :)
Deleteterharu biru aku wawa! haha!
ReplyDelete