Hard Coral = Batu Karang (Keras)

Firstly.. 
Hana nak ucapkan selamat tahun baru kat korang semua..
Sempena tahun baru ni, mesti banyak azam tahun baru kan..???
Anyway, Hana harap azam korang tu tercapai..

Korang suka coral tak..?? 
Story kali ni.. Hana nak bagi tau kat korang pasal coral atau dalam bahasa melayunye 'batu karang'.. (yang kat laut ye, bukan penyakit kat pundi tu tau.. ^_^ )

Untuk pengetahuan semua.. Batu karang terbahagi kepada dua jenis, iaitu 'Hard Coral' dan 'Soft Coral'. Perbezaan antara kedua-dua batu karang ini adalah jenis keras dan lembut. (Adehh.. -_-" da macam dokumentari la pulakkk..)

Tapi.. untuk kali ni, Hana story pasal 'Hard Coral' je tau.. Sebab, ni pun da banyak sangat benda nak story.. Takut kang, korang muntah sebaldi pulak sebab baca banyak sangat.. Hehehe.. ^_^

Hard Coral

'Hard Coral' merupakan batu karang yang keras. 'Hard Coral' terhasil daripada Kalsium Karbonat (Batu Kapur). Secara saintifiknya, hard coral lebih dikenali sebagai scleractinians. Hard coral ni terbahagi kepada beberapa jenis. Kalau tak silap Hana la kan.. Ada 8 jenis Hard coral kat dunia ni.. 
Tapi, kalau korang tau jenis lain.. jangan segan2 nak kongsi ye.. 
Hehehe ^_^ Hehehe

First coral adalah Staghorn Coral. Nama saintifik bagi Staghorn Coral ni adalah Acropora Cervicornis. Kalau korang perasan la kan, bentuk coral ni macam tanduk kan..?? 
Untuk pengetahuan korang la kan, coral ni mempunyai pertumbuhan terpantas antara coral yang lain. Dalam setahun, coral ni boleh memanjang antara 4 hingga 8 inci. Coral ni merupakan salah satu antara coral terpenting kat kawasan Carribean. Sebab coral ni penting adalah...
Staghorn Coral merupakan penyumbang kepada pertumbuhan ikan dan coral-coral yang lain.

Staghorn Coral (Acropora Cervicornis)
Second coral adalah Pillar Coral. Nama saintifik bagi coral ni adalah Dendrogyra Cylindricus. Karang ni kebanyakkannya berada di dasar laut. Tinggi karang ni, boleh mencecah 2.5 meter = 8 kaki (makk aihh.. panjang tuuu..). Karang ni boleh tumbuh kat mana-mana je, tak kira lah pada kawasan landai ataupun rata.. Yang penting, pada kedalaman 65 kaki dari aras laut. Kalau korang bernasib baik la, agak-agak time tengah scuba diving tu, mesti dapat tengok karang ni makan pada waktu siang. Tu pun kalau korang bernasib baik..  Kalau tak.. Hehehe (Ketawa jahat) tak dapek den nak menolonge..

Pillar Coral (Dendrogyra Cylindricus)
The third coral is Table Coral. Ehh.. cakap omputih pulakk.. Hehehe (ngade-ngade)
Nama saintifik bagi coral ni adalah Acropora. Karang ni dipanggil Table Coral sebab bentuk dia macam meja dan memang tak dapat nak dinafikan lagi. Hahaha
Karang ni sebenarnya lebih kurang sama je dengan Staghorn Coral tu, cuma bentuk dia je yang lain sikit. Lagi satu, warna Table Coral ni tak menarik pun. Kalau korang jumpa karang ni, confirm warna dia hijau, tak pun warna coklat. Karang ni jadi menarik sebab banyak ikan suka main-main kat meja tu. Lagi-lagi kat bawah meja, lagi la ikan-ikan tu suka. Hahaha

Table Coral (Acropora)
Coral keempat adalah Brain Coral. Nama saintifik bagi coral ni adalah Family-Faviidae. Karang ni dipanggil Brain Coral sebab bentuk dia macam otak haiwan. Kalau korang nak tahu, usia karang ni boleh mencecah 900 tahun (Wowww..!! tua tuu..). Karang ni jugak boleh membesar sebesar 6 kaki atau lebih dari itu.
(Wah.. mesti besar kan..??

Brain Coral (Family-Faviidae)
Coral yang kelima dipanggil Blue Coral. Hana agak, mesti korang tahu kenapa karang ni dipanggil Blue Coral kan. Hehehe
Nama saintifik bagi coral ni adalah Heliopora Coerulea. Kenapa nama dia Blue tu, Hana tak payah cakap kot. Betul tak..?? Karang ni boleh ditemui disekitar perairan tropika, kawasan terumbu karang yang rata dan juga kat kawasan cerun terumbu karang.

Blue Coral (Heliopora Coerulea)
Coral yang keenam dipaggil dengan nama Great Star Coral. Nama saintifik dia pulak adalah  Montastraea Cavernosa. Karang ni merupakan karang yang suka hidup berkelompok dam boleh ditemui kat perairan laut Carribean. Bila dah berkelompok ni, mesti lah dia membentuk kawasan kan. Kebiasaannya, karang ni dapat membentuk satu kawasan yang luas. Kadang-kadang tu, nampak macam pinggan pun ada. Hehehe
Tapi, kalau korang nak tahu la kan, saiz karang ni sebenarnya cuma sebesar ibu jari je. Karang ni juga, kebiasaannya jelas kelihatan pada waktu malam. Kalau tak silap Hana la kan.. Hehehe.

Great Star Coral (Montastraea Cavernosa)
Coral yang seterusnya adalah Tube Coral (Bukan tube yang awek sexy pakai tu tau..) Hehehe... Okay, sambung balik.. Umm.. Nama saintifik bagi karang ni adalah Tubastraea. Karang ni merupakan karang yang bersaiz besar ye, adik-adik, kakak-kakak, makcik, kak Jah kat dapur tu.. (Ala-ala Chef Wan). Kalau korang nak tahu, karang ni adalah karang yang unik tau, sebab boleh ditemui dalam pelbagai warna. Yang kat gambar bawah ni namanya Faulknery Tubastraea atau lebih dikenali sebagai Orange Cup atau Sun Coral.

Sun Coral/Orange Cup/ Tube Coral
(Faulknery Tubastraea)
And..
The Last One..

Nama diberi adalah Elkhorn Coral. Nama saintifik dia adalah Acropora Palmata. Kalau korang nak tahu, karang ni merupakan karang yang paling penting antara semua karang yang ada kat perairan Carribean. Kenapa..?? Sebabnya adalah..
Umm.. Entah laa.. Hehehe.. Hana pun tak berapa pasti..
Hehehe.. Jangan marah haa..
Tapi, Kalau tak silap Hana la kan, Karang ni merupakan salah satu sumber hidupan, tak kira la dalam kalangan karang ataupun ikan-ikan dan yang sewaktu dengannya..
Bentuk karang ni menyerupai bentuk tanduk rusa. Karang ni merupakan karang yang popular dalam kalangan udang, parrot-fish, siakap dan lain-lain lagi.
Kadar pertumbuhan bagi karang ni pulak adalah antara 5 hingga 10 meter setahun. Karang ni jugak mempunyai diameter sebesar 3.7 meter. Agak-agak, macam mana la besarnya karang ni kalau dah 10 tahun kan.. Mesti besar gilaxxx..

Elkhorn Coral (Acropora Palmata)
Hah tuu diaaaa..
Habis sudah story tentang batu karang yang keras..
Yang akan datang, Hana akan story tentang batu karang yang lembut pulak.

Sampai sini saja pertemuan kita..
Maaf lah ye jika Hana ada terkasar bahasa, terkata yang tak tentu hala, merapu meraban tak hengat dunia atau termengata yang tak tersengaja.
Sorry lah yee.. Hehehe

Anyway.. Terima Kasih Sebab Sudi Baca..

- - - - - - - - - - - With Love - - - - - - - - - -

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

2 comments:

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU