Soft Coral = Batu Karang (Lembut)

Haa..
Kan Hana dah cakap..
Kita nak sambung post lepas yang sebenatnya tak habis cerita tu..

Ok lah.. Kita sambung semula la ye..
Kali ni Hana nak story pasal Soft Coral pulak..
Hari tu da story pasal Hard Coral kan..

Ada ke batu karang jenis lembut..??

Mestilah ada.. Kalau tak.. Tak kan la Hana mention pasal Soft Coral..

Soft Coral ni merupakan jenis batu karang yang lembut, mempunyai bentuk yang menarik dan juga warna yang menarik.

Karang lembut terhasil daripada bahan yang sama dengan Hard Coral, iaitu 'Rigid Calcium Carbonate'. Tapi, karang ni jadi lembut sebab ada campuran lain dalam penghasilan karang lembut ni.. Campuran tu adalah protein. Karang ni juga mempunyai akar, macam pokok. Karang lembut tak ada tulang (exoskeletons). Umm.. Maksud Hana, kalau pokok, ada dahan yang keras kan..?? Tapi, karang lembut ni tak ada dahan..
Jadi, bila ada arus yang kuat kat dalam laut, karang lembut ni akan melentok mengikut arus. ibaratnya macam pokok yang kena tiup angin.

Ada 6 jenis Soft Coral yang Hana tau..

Soft Coral yang pertama adalah Gorgonian. Karang ni sebenarnya lebih dikenali dengan nama Sea Whips atau Sea Fans. Gorgonian ni biasanya hidup dalam kelompok yang kecil. Bentuknya bercabang dan rupanya macam kipas. Kadang-kadang gorgonian ni berbentuk seperti wayar yang berputar dan berbulu. Gorgonian mempunyai warna yang terang, macam ungu, oren, kuning atau merah. Karang ni boleh didapati dikawasan perairan yang cetek dan rupa bentuk gorgonian sangat berkait rapat dengan kawasan pertumbuhannya. Sea Fans Gorgonian selalunya berada dikawasan cetek yang berarus kuat. Manakala Sea Whips Gorgonian pula lebih kepada kawasan yang sedikit dalam yang mempunyai arus yang tenang.

Sea Fans Gorgonian
Sea Whips Gorgonian

Soft Coral yang kedua ialah Carnation Coral. Nama saintifik bagi coral ni adalah Dendronephthya (tergeliat lidah nak menyebutnye..). Carnation coral ni merupakan karang lembut yang tercantik di lautan. Sebabnya, carnation coral ni mempunyai variasi warna yang sangat menakjubkan. Karang jenis ni kebanyakkannya terdapat di kawasan gua dan dibawah kawasan berbatu. Carnation coral ni boleh ditemui dikawasan perairan Indo-Pasifik, kepulauan Indo-Pasifik, termasuklah di kawasan perairan di Fiji, Tonga, Solomon Island dan juga di Great Barrier Reef. Carnation coral juga merupakan karang yang sangat sensitif terhadap perubahan dan juga bahan kimia.

Carnation Coral (Dendronephthya)

Karang yang ketiga adalah Toadstool Coral. Nama saintifik bagi coral ni adalah Sarcophyton. Sebenarnya, nama panggilan coral ni bukan toadstool coral je. Ada banyak lagi nama panggilan untuk coral ni. Nama-nama lainnya adalah.. Leather Coral, Mushroom Leather Coral dan Trough Coral (banyaknya nama.. -_-"). Kebiasaannya toadstool coral ni berwarna putih dan berbulu coklat atau keemasan. Spesis ni sangat sukar untuk dikenalpasti sebab bentuknya yang menyerupai pelbagai jenis cendawan dan mempunyai bentuk tangkai lembut yang berbeza. 

Toadstool Coral (Sarcophyton)

Soft coral yang keempat adalah Tree Coral. Nama saintifiknya adalah Family- Nephtheidae (terpusing-pusing lidah nak sebut). Karang lembut ni kebanyakkannya berada di perairan negara-negara luar. Karang ni kebanyakkannya melekat di kawasan berbatu, piling pada jeti dan juga pada runtuhan hard coral. Karang lembut ni mempunyai permukaan seperti semak dan sangat lembut, mempunyai batang yang tebal tetapi lembut serta kelihatan seperti getah. Coral ni juga bercabang seperti pokok. 

Tree Coral (Family-Nephtheidae)

Karang lembut yang seterusnya adalah Sea Pens. Diberi nama begitu kerana bentuknya yang seakan-akan pen antik daripada bulu burung. Berada dalam kumpulan karang lembut seperti gorgonians. Sea pens boleh membesar setinggi 6.6 kaki = 2 meter. Kebiasaannya mempunyai warna yang terang. Sea pens jarang kelihatan pada kedalaman 10 meter dari aras laut, kebanyakkannya berada pada kedalaman yang dalam untuk mengurangkan kemungkinan diambil sebagai bahan uji kaji.

Sea Pens

At Last..
Karang Lembut yang terakhir..

karang lembut ni dipanggil Bubble Coral atau nama saintifiknya adalah Plerogyra Sinuosa. karang ni berbentuk seperti buih dan mengandungi air didalamnya. Kebanyakkan bubble coral boleh ditemui di kawasan perairan di lautan Pasifik dan juga sebahagian dari Laut Merah. Buble coral boleh didapati dalam pelbagai jenis, bentuk dan warna. Karang jenis ini akan mengekalkan bentuk mereka pada siang hari dan akan mengempis pada waktu malam. Buble coral juga dikenali sebagai Pearl Coral, Grape Coral atau Bladder Coral.

Bubble Coral/ Pearl Coral/ Grape Coral/ Bladder Coral
(Plerogyra Sinuosa)


Akhirnya habis jugak story pasal batu karang dilaut yang bukan diperut ni...
Hana harap korang puas hati dengan maklumat yang Hana bagi kat korang ni..

Maafkan Hana kalau Hana ada tersengaja kasar bahasa, tersentuh isu yang tak sensitif, tersengaja tulis yang sopan.. maaf lah ye.. Hehehehe

- - - - - - - - - - - - - - With Love - - - - - - - - - - - - - 

Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

4 comments:

  1. takpe ke eh kalau kita pegang dia? rasa tak cekap nak pegang. takut ada effection apa2 ke. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sentuh tu boleh.. tapi jangan patah2kan dah la.. hehe
      pelihara lah laut dan cintai perairan kita.. haha (-_-" )

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. peral coral atau grape coral ape tu ianya bukanlah soft coral, sekadar perkongsian, btw nice blog to make people understand more on soft coral?
    are u studying soft coral

    ReplyDelete

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU