Bahaya..!! Bahaya..!! Dangerous..!!

Assalamualaikum..
Apa kabar semua pembaca-pembaca setia yang sudi baca blog tak laku Hana ni..?? Korang sihat tak..?? Kalau tak sihat, jom kita pergi jumpa doktor sama2 ye.. ^_^

Hari ni Hana nak bagi tau kat korang semua tentang satu maklumat penting. Mengenai seekor ikan yang sangat berbahaya dan sangat ditakuti oleh orang-orang Brazil.

Ikan ni saiz dia teramatlah kecil... Paling besar pun 4 Inci je..
Agak-agak la kan, kenapa diorang takut..?? 
Sebabnya adalah... 
Jeng.. Jeng.. Jeng...

Kecil je..
Ikan ni boleh membunuh manusia, walaupun hanya kerana 
seekor sahaja yang berada dalam badan manusia.

Paling Kecilllllll..!!
Canero Canero Canero.. Paling besar..!!
Nama ikan ni adalah Candiru ataupun Canero
Ikan ni merupakan ikan air tawar yang tergolong dalam keluarga 
CATFISH..!!!

Korang tau kan catfish tu apa..??
Ikan Keli..!!
Tapi jangan pulak korang takut nak makan ikan keli sebab Hana bagi tau pasal sepupu ikan keli yang bahaya ni.. Nanti tak pasal-pasal semua peniaga ikan keli saman Hana sebab buat korang takut nak makan ikan keli. 
Hahaha..

Ehh.. Korang jangan takut pulak.. Alhamdulillah, kat Malaysia tak ada ikan Candiru ni..
Ikan Candiru ni hanya terdapat di Sungai Amazon dan Sungai Oranoco.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya orang Brazil lebih takutkan Ikan Candiru ni, berbanding dengan Ikan Pirana. Percaya tak..??? 

Candiru ni juga dikenali dengan nama Toothpick Fish atau Vampire Fish. Candiru ni merupakan parasit pemakan darah yang sangat kejam. Lebih-lebih lagi kepada lelaki. Perempuan pun ada juga yang menjadi mangsa. Kalau korang nak tahu, hidupan yang paling banyak jadi mangsa Candiru adalah 
IKAN..!!

Dalam bulatan: Cara Candiru membunuh mangsa...
Cara candiru ni membunuh mangsa senang je.. Modus operandinye semua sama je.. 
Candiru akan cuba cari  arus aliran air yang boleh membawanya kepada mangsa. 
Lepas dah dapat menentang arus tu, Candiru akan masuk ke celah-celah sirip, terus ke dalam kawasan insang mangsanya dan mengakibatkan pendarahan
Selagi Candiru berada dalam mangsa, Candiru akan melakukan sebanyak mungkin pendarahan sehingga mangsa mati dan kemudian barulah Candiru akan menikmati mangsanya.
Kejam kan ikan ni..??

Candiru juga sangat tertarik pada darah dan juga air kencing.

Cara Candiru masuk ke dalam tubuh manusia
Macam ni la Candiru masuk ke dalam badan manusia (Lelaki). 
Berenang dengan pantas melalui arus air kencing.
Masuk kedalam tubuh mangsa melalui saluran kencing
Kemungkinan lain pula, Candiru juga boleh masuk melalui faraj dan dubur.
Kencing sambil berenang mampu meningkatkan kemungkinan 
Candiru masuk ke dalam urethra manusia.

Candiru dalam badan manusia..
Yang ni pulak x-ray yang menunjukkan Candiru berada dalam badan mangsa.

Candiru amat sukar untuk dikeluarkan,
kecuali dengan melakukan pembedahan.
Tapi pembedahan memerlukan masa dan kos yang tinggi,
Seringkali berlakunya kematian sebelun Candiru berjaya dikeluarkan.
Kebanyakan mangsa mati disebabkan berlakunya jangkitan yang mengakibatkan 'Shock'.

Tapi..!!
Ada 1 lagi cara berkesan untuk keluarkan Candiru ni..
Cara ni merupakan cara tradisional.
Dengan menggunakan air dari dua jenis tanaman 
(Xagua dan Epal Buitach), 
Candiru akan keluar dengan sendirinya.

Cara-caranya:
Masukkan je air tu kat tempat terkena Candiru tu..
Confirm keluar.. Hehehehe

Yang hebatnya tu.. Takut sangat kat Candiru sampai sanggup buat lagu untuk ikan yang kejam lagi tak berhati tapi perut besar.. Hahaha

Lagu khas buat Candiru yang ditakuti..
Kepada lelaki-lelaki diluaq sana tu. 
Berhati-hatilah ketika mandi di sungai. Mana tau ad candiru telepas ke.. 
Candiru masuk kat tut..tut..tut.. tu.. Ha.. Hana tak tau..
Jangan kencing sesuka hati ye.. Bahaya..!!

Nasib baik la sungai kat Malaysia ni tak ada Candiru.
Kalau ada.. Agaknya, tak ada orang berani nak masuk dalam sungai..
Tak merasa mandi sungai la jawabnye..

Okay lah.. Sampai sini je sesi 'Diskusi Bergusi' kita hari ni..
Kalau Hana ada terkasar bahasa, maafkanlah ye..
Halalkan le segala kata-kata..
Papai.. ^_^

- - - - - - - - - Love: Hana Sang Ratu - - - - - - - - - - 


Terima Kasih kerana mengeja.. Suke..?? Kalao suke, kome like je..

2 comments:

.ASSALAMUALAIKUM...
.Sila Tinggalkan Comment Anda Disini..
Pleeeaassee.. SATU pon jd la..

Meh le Jenguk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah HAK MILIK HANA SANG RATU